Home / Cinta / 10 CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

10 CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

BAGAIMANA CARA UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH?

buang.cinta.putus.cinta

Bagaimana cara melupakan kekasih pertama?

Putus cinta merupakan sesuatu perkara yang menyakitkan. Melupakan orang yang kita sayang dan cintai sangat susah dan rumit. Lebih susah jika itu adalah cinta pertama. Cinta pertama merupakan satu perasaan yang pertama hadir di dalam hidup. Mana mungkin melupakan perasaan pertama itu dengan mudah. Namun, kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodoh itu adalah ketentuan-Nya. Panduan dibawah ini mungkin membantu anda melupakan bekas kekasih. Kali ini Ammar ingin berkongsi 1o cara melupakan bekas kekasih.

1. Anggap dia tidak pernah wujud

Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.

 

2. Jangan hubungi dia lagi

Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.

 

3. Jauhi kawan-kawannya

Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.

 

4. Sibukkan diri

Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

 

5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga

Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.

 

6. Elakkan bersendirian

Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.

 

7. Pergi beriadah

Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.

 

8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini

Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.

 

9. Jangan simpan barang-barangnya

Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.

 

10. Percaya kepada jodoh

Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

33 comments

  1. Syahira Aszahar

    satu , dua dan empat sy dh buat..tp yg lain…hummm.

  2. Tak percaya cinta itu wujud lagii…

  3. memng sush..tp rehdo jer..

  4. cinta smuanya tipu semata mata…

  5. gane kiro ni gu???? cri hok laen la Na Mache

  6. bia r dulu Nurul Nadia Adila ..wt maso ni tl pk asal sal ni sumer..

  7. Nurul Nadia Adila SOKONG BLAKO…HU3

  8. klu sepejabat camner..? takkan nk bhenti kje d sbbkn dia..coz dia yg tgglkn @ putuskan hbgn tu..

  9. Liyana Zahari

    x leh la wat sume tu,, dah cuba dah…

  10. terjun tingkat 10 dh blm confrom lupe kekasih lame???

  11. Mohamad Hafiz Apiz

    og apiz pendek

  12. ak kecewa sgt bila suami ak curang lbh pedih ak sndri tgkp dia berkhalwat dlm umah ak,dlm keadaan ak msh bru berpntg….npmpuan tu plak bini owg! jd jln
    terakhir ak minta lps….tp suami ak xmau….lau kowg
    ad kt tmpt ak,ape keputusan kowg?

  13. main games. :)

  14. Aizat Zakaria

    itu nk mampos namanye

  15. yang ke – 11 bermesej lah dengan saya tentu hilang rasa sedih dek kekasih lama…;-)

  16. buat repot kat mahkamah uh…tapi apa ley buat semua atas suami lepas tak lepas pun dari suami juga yang tentukan…

  17. akan try.. yakin pasti boleh! saya org yg kuat!

  18. emmm,,,,xdpt lupe la

  19. Lyn Purple Gurlzz

    try it

  20. Dah try..masih mencuba..doakan saya..

  21. Thanks.. In Shaa Allah.. :’(

  22. محمد شفيق بن اثنين

    Ya allah… Susahnya

  23. Perit sungguh Ya Allah.. x mampu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge