1. Mandarinfish

Ada dua jenis dari spesies ini iaitu spesies Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebih baik berbanding dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makanannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang. Untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyesuaikan diri dengan suasana baru.

2. Discus

Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika.

3. Lionfish

Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium.

4. Moorish Idol

Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.

5. Ikan Koi

Pasti ramai yang kenal ikan ini, ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna oren, merah, putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk mencari pola warnanya yang jarang-jarang didapati.

6. Flame Angle

Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak seteguh Coral Beauty. Maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral Beauty.

7. Coral Beauty

Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.

8. Regal Tang

Ikan ini pula tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa.

9. Parrotfish

Ikan ini dinamakan kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.

10. African Cichlids

Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika iaitu di Malawi, Tananyika dan Victoria. Mampu membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.

 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments