Kalau dulu, penyakitkencing manis ni selalu kena kat orang tua je kan, tapi sekarang ni tak dah ok. Sebab ada kawan top yang baru berumur 20+- (umur adalah rahsia…kiki) dah mengidap penyakit kencing manis ni. Memang tak nafikan la si dia ni memang kuat minum manis. Die ni kalau minum tak pernah nak air masak. Semua nak air mahal je. (tak nak kalah… haha)

Macam top takdela obses sangat semedang je nak minum manis. Selain daripada berjimat, hehe… mungkin sebab lain adalah kerana dan sedia manis dah kot. Jadi tak payahla nak tmbah lagi kemanisan tu kan? *ok perasan.. :p. Jadi, selain kita kurangkan gula, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk mencegah penyakit kencing manis atau bahase saintifiknye diabetis? jeng3…

  1. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan - Seorang yang memakan 2 kali sehari sayur-sayuran atau buah-buahan dapat mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 2 kali ganda daripada yang tidak memakannya. Walaupun terdapat gula didalam buah-buahan, tetapi ia tidak merbahayakan kerana ianya adalah asli dan bukannya tiruan. Jadi kepada sesiapa yang rasa dia tak cukup nak manis tu, boleh cuba cara ini ok. hehe..
  2. Kurangkan berat badan – Anda jangan ingat hanya makanan manis sahaja yang boleh menjadi punca anda mengidap penyakit kencing manis, berat badan juga turut mempengaruhi. Jadi cuba amalkan cara hidup yang sihat.
  3. Dapatkan tidur yang cukup – Kajian juga mendapati bahawa seseorang yang tidak mendapatkan tidur yang cukup akan meningkatkan risiko mereka untuk mengidap penyakit diabetis.

Sumber

Comments

comments

Powered by Facebook Comments