Aaron Aziz Kini Sah Penduduk Tetap Malaysia
Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Persoalan status penduduk tetap Aaron Aziz menjadi isu utama oleh pihak yang merasa tergugat.
“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.” ujar Aaron.
“Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak,” jelas Aaron lagi. sumber Facebook
Bagus lah tu, kalau jelaskan lagi awal, lagi bagus. Harap selepas ini tiada lagi isu ini meluas lagi.
Comments
Powered by Facebook Comments

