Disini saya nak berkongsi cerita tentang hubungan baik antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Hubungan antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza kini bertambah baik. Malah mereka juga telah bercuti bersama disertai Norman Hakim dan tiga lagi orang anak mereka.
Memey berkata, hubungannya dengan bekas isteri Norman, Abby Abadi kini semakin rapat serta mereka kerap berhubung antara satu sama lain.
“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab serta kami juga selalu berhubung. InsyaAllah kalau tiada aral melintang saya serta Abby bercadang akan bercuti ke Beijing dalam masa terdekat ini.”
Dalam pada itu, mereka sekeluarga dikatakan banyak menghabiskan masa bersama anak-anak. Memey juga turut rasa bersyukur ke atas perubahan yang positif dari Abby Abadi sekarang ni dan tidak menyangka perkara ini akan terjadi.
Comments
Powered by Facebook Comments
