Home / Info / Adakah Langgar Binatang Boleh Mendatangkan Sial Kepada Isteri Mengandung?

Adakah Langgar Binatang Boleh Mendatangkan Sial Kepada Isteri Mengandung?

langgar binatang

 

Soalan

Assalamualaikum wbt.

Ustaz,

Saya ada seperkara yang ingin ditanya.

Baru2 ini, saya secara tidak sengaja telah terlanggar seekor anak kucing semasa sedang memandu. Ia betul2 tidak dapat dielakkan. Apa yang saya ingat, ternampak kelibat seekor anak kucing berlari laju melintasi jalanraya ketika saya sedang memandu dengan kelajuan sederhana dan saya betul2 tidak dapat berbuat apa2. Pada saya, saya juga boleh kemalangan dengan kereta disebelah atau belakang jika membelok secara tiba2.
Astaghfirullahhalazim…

Dalam perjalanan pulang, saya lalu semula dijalan berkenaan. Dengan rasa bersalah dan kesal, saya kutip semula cebisan2 kucing tersebut yang masih tertinggal. Saya bungkus dengan kertas, plastik dan kain dan saya decided untuk bawa pulang kerumah untuk dikebumikan kerana saya beranggapan yang saya harus bertanggungjawab, walaupun tidak disengajakan. Selesai dikebumikan dibelakang rumah, saya menceritakan kejadi ini kepada isteri.

Yang menambahkan lagi serba salah dihati saya ialah, isteri saya sedang hamil (8 bulan) anak kedua kami. Saya sangat risau apa2 perkara yang tidak elok atau ‘bala’ atau ‘badi’ pada keluarga atau ‘kenan’ pada anak dalam kandungan atau perkara2 seumpamanya akibat dari kejadian itu kerana saya ada terdengar sebelum2 ini, jika terlanggar kucing, akan membawa ‘sial’ (nauzubillah) dan tambah jika menakutkan isteri sedang hamil dan khuatir perkara2 tersebut tadi akan memberi kesan pada anak dalam kandungan. Saya sangat risau dan perkara ini sangat kuat bermain difikiran sejak kejadian itu.

Soalan saya ustaz, :

 

  1. Adakah betul tindakan saya membawa pulang cebisan kucing tersebut dan mengebumikannya di rumah?

 

  1. Adakah benar perkara2 yang tidak elok seperti tersebut akan berlaku pada saya sekeluarga?

 

  1. Adakah kejadian ini akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan isteri?

 

  1. Apakah amalan2 atau ‘denda’ yang disarankan oleh Islam jika berlaku perkara sebegini?

Mohon bantuan dan perkongsian ustaz mengenai perkara ini. Juga dimohon didoakan juga kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.
Terima kasih.

 

Jawapan 

 

Mayat manusia sahaja yang di mulaikan selain dari itu tidak dimuliakan, sebabnya manusia ini Allah jadikan sebaik kejadian, Sebab itu mati manusia ini perlu diurus, dimandikan, disembahyang dan dikebumikan mengikut apa yang telah diajar oleh nabi kita. Firman Allah yang bermaksud :

 

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israk : 70)

Masalah langar binatang, di sini awak tidak sengaja, saya sendiri pernah terlanggar binatang..tidak ada apa-apa kesan pada kandungan isteri anda, itu semua mitos kurafat dan bid’ah orang melayu kita yang ikut ada yang tidak ada sumber yang sahih, di dalam Al-Quran dan hadis dan tidak ada juga pendapat ulamak yang mengatakan bahawa itu petanda buruk. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

 

“Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku” (Riwayat Malik)

 

Para ulamak telah sepakat dengan mengatakan bahawa sumber rujukan umat Islam terbahagi kepada 4 sumber seperti Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Sumber ini juga menjadi rujukan umat Islam dalam melaksanakan segala jenis kehidupannya di dunia ini.

 

Jangan risau, semua ini kita serah kepada Allah sebab dia yang menentukan segalanya, kalau Allah tidak kehendaki maka perkara ini tidak berlaku. Jadi masalah anda langar kucing itu Allah telah ditentukan Allah, anda kena yakin kepada qada dan qadar Allah bukan cakap orang tua-tua dahulu.

Masalah anda kutib dan tanam bangkai kucing itu tidak menjadi kesalahan, dan bagus juga sebab dia boleh mengelakkan rasa tidak senang orang yang lalu lalang jalan tersebut, bagus tindakan awak sebab itu adalah perbuatan terpuji dan Islam sangat menggalakkan umatnya membuang perkara-perkara yang merbahaya dan perkara yang kurang senang di jalan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

 

“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari)

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

One comment

  1. MENDATANGKAN DOSA SAHAJA TETAPI DENGAN NIAT SENGAJA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge