Al Fatihah, Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Penggiat Seni
Al-Fatihah, seawal pagi ini jumaat 24 Mac 2017 Malaysia kehilangan seorang lagi penggiat seni yang aktif di Malaysia. Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi ini.
Isterinya Nora(penyanyi) mengesahkan berita itu dalam satu kiriman ringkas mesej suara.
Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.
Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.
Berita ini sudah pasti mengejutkan semua peminat. Salam takziah diucapkan kepada Nora dan keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.
Wan Syahida
Alfatihah… semoga Arwah ditempatkan di dalam orng-org yang beriman…