SEJAK memegang gelaran ibu tunggal, nama Nabila Huda sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru, penampilannya dalam Anugerah Blokbuster menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha.
Seperti bintang Hollywood, Nabila, 28, berjaya mencuri tumpuan penonton walaupun tidak mengikut tema majlis ‘colour blocking’.
Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.
Situasi itu turut dirasai bapanya, Amy yang ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu.”
“Bagi saya ‘designer’ pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.
“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,” katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.
Amy turut berkata, “sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus.”
“Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia,” katanya lagi.
Nabila yang dihubungi Sinar Harian Online untuk mendapatkan komen belum berhasil.
Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
Nabila yang berkahwin dengan Zaidi Zailani bercerai tahun lalu.
Comments
Powered by Facebook Comments

takperla…NABILA tu nak jadi die sendiri…tak kira apa yang dia nak @pun buat…dia tahu baik dan buruk nyer…satu lagi pemikiran kita di malaysia nie biar lah open ckit…..baru jer terbelah sikit tu…..cuma NABILA kene ingat dia tu sapa….k.
nurul, knp awk bercakap mcm org xtau hukum agama? slalunya orang yang bg komen mcm awk tu, org yg personalitinya lebih kurang mcm NABILA HUDA jugak. Cuma org xkenal dia sbb dia bukan artis…maaf la klu saya silap telahan. jgn kerana nk open minded sampai lupa hukum dan janji Allah. Ingat…setiap zarah pd diri kita ni milik dan hak Allah. jgn sampai kita jadi org yg kufur dan terus kufur sampai nyawa berada di halqum. saat tu pintu taubat dah tertutup buat selamanya…sebelum kita nak buat apa2…saya ada soalan untuk nurul…bila ye Allah janji nak tarik nyawa awak?sebab saya tak tau bila Allah nak ambil nyawa saya…mungkin sedetik lepas saya click button ‘SUBMIT COMMENT’.pesanan ini bukan untuk nurul sorang jer.tetapi untuk diri saya sendiri, keluarga, sahabat2 dan semua muslimin dan muslimat.semoga Allah membuka pintu hati kita semua untuk menilai yang mana haq dan yang mana bathil…WALLAHUA’LAM…
Ms Nadia,
Cik Nurul tu statement dia tu bukan menyokong,tapi memberitahu…Mmglah hak artis nak pkai apa pun.. (dengar tak ayat dia, cuma ‘Nabila tu kena ingat dia siapa..’)Apa maksudnya? Sendiri buat sendiri taulah hukum hakam nyer… yang awak pandai2 terus judge si Nurul tu sama gak camtu, tu bukan fitnah ke? Mmg berdosa pun klu pakai camtu, jgn kata pakai camtu, pakai tudung tutup penuh tapi sendat pun, masih salah jugak. Masih berdosa jugak. Jangan sibuk timbang dosa orang, timbang2kanlah dosa sendiri… kita boleh nasihat dia sbg sesama muslim, tp klu bg ceramah agama, serupa curah air kat daun keladi lah.. ingat dia pkai camtu tak tau hukum hakam ke? jgn pandang org sblh mata dik…
saya suju sangat dengan awak alisha. jangan jadikan pakaian seseorang tu sebagai alasan kita untuk menghina dan mengutuk. besar lagi dosa orang yang menghina dan mengutuk.cik alisha sya sangat2x berstuju dengan pendapat awak. bertudung pun seseorang itu klau guna baju ketat2x dosa juga. bah kata awak tak payah lah nak timbang dosa orang..dosa diri sendiri belum tahu lagi berat ke tak..ha3x…nice comment alisha
sy bukan nak kate ape la kan… n sya tak memihak pada sesiapa… masalahnya sekarang ni bukan masalah timbang or tak timbang dosa… Allah menciptakan amal makruf nahi mungkar… supaya kita sesama islam dapat saling nasihat menasihati… kalau asyik oh biarlah tu hidup dia.. then bila kita nak amalkan perintah Allah yang ni… cakap jangan sebarang cakap… takut setiap perkataan kita tu menjadi dakwa dakwi diakhirat kelak… hukum tetap hukum.. dosa tetap dosa… tudung n menutup aurat tetap kewajipan… jgn dipersoalkan.. jangan nak persoalkan dosa mana yang lagi besar or lagi kecik… kadang2 org membunuh pown masuk syurga… n kadang2 org kencing tak basuh bersih2 pown masuk neraka… so kita sebagai manusia saling nasihat menasihati… n plss la… tak ada istilah jaga tepi kain orang bila datang part agama… wabilauhitaufiq walhidayah… asalamualikum warohmatullah hibwabarokatu wamagfirotu waridwanu…
x boleh la ckp mcmtu..kita boleh jadi diri kita sendiri dengan berpandukan hadis dan al quran..
x cian ke ngan bapak dan emak nye..dah dia kembali single..semua ibubapa yg kena tanggung..
memang kita boleh open ..tapi klu bila dah meninggal..kita golek sendiri ke kubur..
INGAT DIA TU SAPA?? mAKSUD KAU APA MINAH?? Kau jangan ingat dunia ne atuk kau punya taw kau bleh nk buat ikut suka hati… jd diri sendiri la konon… Ingat bagus sangat la komen lagu 2.. taubat la kau huh3… tuhan bagi Quran buat panduan tau, bkn prhiasan… Baik dlam hati, ada ilmu bnyk pun buat apa klo printah Allah duk tolak tepi… geram btol aku la… Assalamualaikum…
tol tu jiwa kacau..bersikap open cikit?mcm org2 barat ke?sedor cikit bile nk bercakap tu..awak tu islam ok..ade ke dalam islam cakap open cikit..ayat mcm menggalakkan jerk…baru je terbelah cikit?itu da macam separuh bogel beb..die tu artis..jdi idola ramai..jngn disbb artis2 ni pakai seksi camtu sampai remaja2 skg smue terikut2..nk nasihat tu boleh..tp biar pk dulu sebelum cakap..
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat ituadalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudungtetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
sy bukan nak kate ape la kan… n sya tak memihak pada sesiapa… masalahnya sekarang ni bukan masalah timbang or tak timbang dosa… Allah menciptakan amal makruf nahi mungkar… supaya kita sesama islam dapat saling nasihat menasihati… kalau asyik oh biarlah tu hidup dia.. then bila kita nak amalkan perintah Allah yang ni… cakap jangan sebarang cakap… takut setiap perkataan kita tu menjadi dakwa dakwi diakhirat kelak… hukum tetap hukum.. dosa tetap dosa… tudung n menutup aurat tetap kewajipan… jgn dipersoalkan.. jangan nak persoalkan dosa mana yang lagi besar or lagi kecik… kadang2 org membunuh pown masuk syurga… n kadang2 org kencing tak basuh bersih2 pown masuk neraka… so kita sebagai manusia saling nasihat menasihati… n plss la… tak ada istilah jaga tepi kain orang bila datang part agama… wabilauhitaufiq walhidayah… asalamualikum warohmatullah hibwabarokatu wamagfirotu waridwanu…
Hak dia nak pakai apa2x pun..
dan hak kita juga samaada nak atau tidak untuk mandikan jenazah beliau nanti..
jangan sombong bila berkata2x..
amar makruf nahi mungkar..