Anak Kevin Rudd (Bekas Perdana Menteri Australia) kahwini gadis Melayu di gereja, gadis Melayu kahwin di gereja. Sekarang hangat diperkatakan di internet dengan isu “gadis Melayu berkahwin di gereja”. Berdasarkan info yang diterima, seorang gadis Melayu yang berasal dari Pulau Pinang dikatakan telah berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Berita ini semakin menjadi isu hangat diperkatakan di internet apabila melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26 iaitu anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James di King St, Sydney, bersama pasangannya bernama Zara Shafruddin, 27.
Sebelum ini perkahwinan itu dirahsiakan tetapi akhirnya perkahwinan itu diketahui umum apabila Kevin Rudd, bekas Perdana Menteri Australia mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan itu dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan. Setelah majlis perkahwinan di gereja, pasangan itu menaiki kereta mewah, Limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Pasangan itu bertemu pada satu majlis perkahwinan Jessica, iaitu anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Pasangan pengantin merupakan peguam dan bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Ikuti kisah lanjut dengan melayari laman web ini: http://www.news.com.au/national/nicholas-rudd-marries-zara-shafruddin-at-st-james-church-in-sydney/story-e6frfkvr-1226326755787
Comments
Powered by Facebook Comments

assalamualaikum ammar….aduh macam2 kes skg ini…masalah yg x boleh kita jangkakn apa nak jadi manusia yg bergelar melayu boleh berbuat begitu….mak ayah dia x ada masalah ke anaknya kawin di gereja mcm orang putih….
Melayu tak semestinya Islam.
Betoi~ Lack of knowledge.. tsk tsk
Melayu, tak semestinya Islam….
minah nie bukan orang brunei?
Walau apa2pun…kita tidak kenal sapa pun pempuan ni..bukan pun saudara…dengar dari mulut orang ja pun nda cukup..fb dia lagi lah…btul kah tu fb dia…? Fb sekarang pun boleh di buat2..hehe…so,jangan pecaya apa orang cakap..melainkan kita kenal sapa dia..kalau btul pun citar dia..suka ati dia lah..bukan hal kita..sekadar hiburan ok la..tapi tuduh2 tak baik ow….