Home / Info / Asal Usul Padi

Asal Usul Padi

sepasang suami isteri yang kaya mempunyai dua orang anak lelaki.

mereka masih kecil bila kedua-dua orang tua mereka meninggal dunia.segala harta benda peninggalan arwah orang tua mereka telah dilarikan oleh orang-orang jahat,kecuali sebuah kolam ikan yang digali sendiri oleh ayah mereka.oleh sebab anak sulung cacat kakinya,si bongsu sahajalah yang terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki.

 

Pada hari yang berikut,tujuh orang wanita kayangan turun mandi di kolam mereka.mereka bersetuju membawa si bongsu ke kayangan,setelah didesak olehnya.mereka naik menyusuri pelangi.Di kayangan ketujuh-tujuh orang wanita tadi ghaib.

 

Si bongsu terserempak dengan orang yang menjemur padi.Dia terpesona dengan cahaya kekuningan benda itu disinari cahaya matahari,kerana di bumi pada ketika itu,belum wujud lagi padi.orang itu membenarkan si bongsu makan nasi di kayangan sahaja,tetapi melarangnya membawa ke bumi.

 

Si bongsu menikmati keenakan nasi itu dan berazam hendak membawanya ke bumi.Pelbagai muslihat dicubanya tetapi percubaannya gagal.Pada hari yang lain,ketika penjemur padi itu sibuk mengawasi padinya,Si bongsu mencuri segenggam padi lalu disimpannya di dalam mulutnya.Tetapi,baharu sahaja menjejak beberapa langkah di tangga pelangi,Si empunya padi tadi.

 

Si bongsu kesakitan dihempas oleh si empunya padi itu,ke tangga pelangi.Walaupun telah membuat kesalahan,Si bongsu dibenarkannya kembali ke rumahnya semula.Dalam pada itu Si bongsu terfikirkan satu muslihat.Dia berdiplomasi dengan induk semangnya,memohon balik ke bumi dengan beradat.Rancangan berjaya.Si empunya padi gagal mengesan tipu muslihatnya.Si bongsu berjaya menyeludup segenggam padi dalam tumit kakinya yang terluka itu.

 

Di bumi ,padi itu ditanamnya dengan subur sekali.tetapi,padi di kayangan tak jadi pula.Orang kayangan tadi mengesyaki sesuatu,lalu menghantar burung pipit untuk menyiasat ke bumi.Di bumi,burung pipit itu belot dan tidak menjalankan tugasnya.sesudah kenyang makan padi,ia berbohongdengan tuannya di kayangan.Orang kayangan menghantar burung tekuri pula ke bumi,untuk membuktikan sahihnya dakwaan burung pipit itu.kedua-dua ekor burung itu terbang ke bumi dengan mandat tersendiri.Akhirnya rahsia terbongkar.Kedua-dua ekor burung bertengkar untuk mempertahankan kebenaran masing-masing.Akibatnya,tembolok burung pipit terjadi di bahagian tengkuknya……..

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di kakiburuk@gmail.com

One comment

  1. Netris Ponoh Petrus

    argh, cerita rakyat ja tu. sebenarnya, padi ni dicipta oleh Allah s.w.t..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close