Home / Info / Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam

Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.
Mat ingin berkongsi cerita mayat seorang pemuda yang diseksa di dalam kubur hanya selama 3 jam sahaja. Walaupun cerita ini sudah lama tetapi tidak salah rasanya kita berkongsi untuk renung bersama….

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.

Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.

Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.

Dalam Hadis Rasulullah saw :

Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

61 comments

  1. Astaghfirullahal'aziim…..semoga peristiwa ini menjadi peringatan kpd saya selama saya masih hidup……

  2. Astaghfirullahal'aziim..ya allah ya tuhan ku yg maha esa, yg maha penyayang, maha pengasih dan juga maha pengampun..ampun kn la dosa kmi yg sering mlkn kn dosa lndngi la n jauhi la kmi dr seksaan kubur dn neraka mu..ya allah ya tuhan ku hnya pd mu ku meminta..ya allah ya rahim tuhan sekalian alam..(amin).

  3. moga kisah ini menjadi iktibar pada kita semua yang masih hidup yang siksa kubur adalah benar..

  4. Astagfirullahal'azimmmmmmmmmmmmm…..itulah akibat buat benda2 yg x elok…….

  5. Zhaty Suehaily

    astagfirullahhal'azim…………………….semoga perstwa ini mnjdi teladn wat sy dan pembaca d luar sna.

  6. subahanawAllah…..astghfirullahal'azim….. semoga kita semua dpat pengjaran dan insaf yg bekekalan…

  7. assalamulaikum salam sejahtera kejadian ni berlaku pada tahun bila saya nk tahu juga perkembagan maklumat ni gambar ni tak sebar dkt surat khabar ke atau masuk berita tv3 buletin utama memang tk boleh kan wartawan pun rasa takut.

  8. semangat nak buat baik bkobar2 pas tgok pic ni..insyaallah.

  9. Norazlin Bt Jaili

    "Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar".
    Nauzubillah…….

    iktibar utk diri dan semua…….

  10. BeliabenciAntupolis BdksnookerrImpiana SetsetTebergelapjaa

    uhuh,,,, :(

  11. Eyha Nazieyhah cite ni da lame la..ag pon ana da bnyk kali tgok n dgar cite mse ceramah..

  12. tkutnye

  13. محمد فادليشه

    nauzubillah minzalik~mintk2 di jauhkan~hurm..='((.

  14. Astaghfirullahal'azim…Allahu Akbar..Allahu Akbar……Allahu Akbar…

  15. Astaghfirullahal'azim3x…..''bismillahirrahmanirahim…ya Allah jauhkan la sy,, jg sluruh klurga sy''serta sluruh umat manusia…daripda azab api neraka…tanamknlah d hati kmi akn perasaan takut & prcaya pdMU selalu…Ya Allah ssghnya padaMU kmi datng & padaMU jua kmi akn kembali…..aminn…''<proud 2 be muslim>.

  16. lelaki tp selepas diseksa dua berubah bentuk ..

  17. aamiin.. mungkin kamu boleh mula dgn menutup aurat2 kamu n delete semua gambar kamu yg mendedahkan aurat.. =)

  18. betul tu.. jgn berlengah utk lakukan kebaikan

  19. Minta maaf yer..skadar berkongsi pendapat…sy rasa gamba ni gamba tipu, sbb jenazah yg digali sepatutnyer pakai kain kapan, betul x? bukannya baju (nampak mcm bj yg ada butang) & spender…rasanya ini gamba mangsa bunuh kot..skalipun criter ni menginsafkan, tp dlm Islam matlamat tidak menhalalkan cara..betul x?

  20. Perkongsian yang menginsafkan. Jazakumullahu khairan jazak atas perkongsiannya. Sangat dihargai.

    Moga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya.. Aamiin ya Rabbal `Alamin.. InsyaAllah..

    Cuma kalau boleh, jangan tulis : `malaikat dengan kejamnya..'
    Pada pendapat saya, lebih baik ditulis : `malaikat dengan patuh dan tegasnya'..
    Wallahu`alam..

    Maaf kalau tersinggung.

  21. hanya allah saja yg tahu,,,

  22. Bagaimana pula mayat yg digali dari kubur tu pakai seluar dan baju? Bukan kah mayan dikafan. Sy percaya siksa kubur tapi jangan lah buat main main dgn gambar macam ni.

  23. Hanya Tuhan Sahaja Tahu Tentang Gambar Ini
    Sahih Ataupun Tidak
    Tetapi Kita Perlu Percaya Dengan Azab Kubur

  24. Mohd Jaafar Bin Dahlan

    Astaghfirullahhalazim…kisah ini memang menginsafkan…tetapi kenapa silaknatullah Citibank mempamerkan iklannya ditengah-tengah penulisan ini..kamu memang benar-benar berhati Yahudi….

  25. Orang bodo MELEIS sanggup berdakwah wpun letak gambar palsu.. memang bengong orang2 MELEIS ni.. dakwah ke mcm ni? DAMN STUPIDOS..

  26. mcm mne xkena bakar ngan api neraka..mendedahkan aurat jer dh slh satu dosa n dh sah2 kena bakar ngan api neraka kecuali bertaubat dn tutup aurat 2..sesungguhnya org yg mendedahkan aurat akn d gntung kakinya ke ats dn dibakar rambutnya sehigga mendidih otak dalam neraka nanti..segera la kite bertaubat…smoga sume 2 bleh djadikan iktibar buat kite sume..

  27. mungkin mse digali semula,kain kafan die dh terbukak n dh hncur..tngok la keadaan mayat 2..sgguh teruk die disiksa..xkn la kain kafan die msih elok berbungkus kn..???fkir logik la..cter nie btol atau x wallahuallam tp jdkn la iktibar..sesungguhnya azab siksaan dr Allah itu mmg benar..

  28. Fadillah N Hazrina

    xde yg mustahil klau dh Allah mengkehendaki, klau Allah nak memuliakan seseorg, xde sape pun yg dpt bantah, begitu juga sekiranya Allah nak mengaibkan seseorg, xkan ade seorg pun yg akan menghalangnya, klau dh mayat ni boleh brtukar sedemikian rupa dlm tempoh 3 jam, xde yg mustahil sekiranya kain kapannya juga telah hancur n cuma tinggal cebisan seperti yg ada kat mayat tu.. ingatlah, Allah tu Maha Kuasa, xde yg mustahil dgn kuasa Allah..

  29. Asuana Sitiey & Fadillah Husaini; sy x menafikan siksa kubur itu benar..& klu Allah menghendaki semua blh berlaku..tp fikirlah dgn hati yg terbuka & logik…tgk betul2 gambar tu…bkn cebisan kain yg tinggal…seluar dalam x termasuk dlm kain kapan..begitu juga cebisan baju yg berbutang…silalah rujuk ahli2 agama klu x percaya..apa yg sy takuti ialah gamba2 begini, klu digunakan oleh musuh2 Islam…kita akan ditertawakan oleh mereka atas ketidaktelitian kite mengenai 'fakta'. Ingatlah, dlm Islam, matlamat yg baik tdk menghalalkan cara! Samalah spt Robin Hood tdk diterima di dlm Islam krn caranya salah w/pun niatnya menolong golngan yg miskin! Sbg org Islam, saya percaya ttg siksa kubur..ttp sy tdk suka penipuan fakta yg terang2nya haram disisi Islam.Wallahu'alam.

  30. Betul tu, saya setuju, kalau masih ingat lagi masa dulu ada kisah pasal surat berantai tentang hari kiamat yg makin hampir & tanda2nya, menurut penulis sapa yg tak fotostat & edarkan dlm masa beberapa hari, akan ditimpa bala bencana. Berapa ramai yg terpedaya? Akhirnya keluar fatwa yg mengatakan surat itu boleh menyesatkan & dibuat oleh musuh2 Islam. Matlamat penulis mungkin baik, tetapi caranya salah & menyesatkan…'akan ditimpa bala bencana kalau x edarkan kpd 20 org…bla2'. Kan itu blh merosakkan akidah?

  31. em ne ntuk orng islam je k,,,

  32. Asuana Sitiey klo kain kfan dya hncur,,knpa sluar katak dya tk hncur,,kn tu juga kain..linla klo slur katak dya tu besi,,,fkir logik ok….

  33. SubahanwAllh….

  34. insaflah wahai manusia..

  35. Mencari Keredhaanmu

    org lelaki bila d kfankn dberi pkai bju melayukn..dh kena hentam terburailh apa yg ada dbdn…mgkin jelh../

  36. Ash Zuckerberg

    taip nama Allah pn guna huruf kecil.huhu.p tuition dlu.ngeehhh

  37. ya allah..mntk2 la aq x bgitu..amin..

  38. kenapa badan die jadi warna kelabu??!

  39. thanks sbb mneggur kslah sye..sye xkn ulanginye lagi maaf kn sya..sye btol mntak maaf

  40. salam semua, ya Allah , cerita ni mmg banyak menyedarkan kita dan sya khususnya, rasanya di negara Oman , mayat dipakaikan baju lengkap bukan seperti di tempat kita, tapi tu tak penting yang utama sekali kesedaran yg kita dpt dari gambar ni, ya Allah mudah2an kita msh dipanjangkan umur untuk beribadah kpdnya dan memohon keampunan NYA.

  41. Maha Suci Allah atas tiap sesuatu. moga jadi pengajaran dan ikhtibar buat kita. masih terlalu byk lagi kekurangan dlm diri sebelum ajal menjemput :(

  42. itu la pasal setahu sy x pakai baju cam org bukan islam…kain kafan x kan macamni..ish2 kalau nak soh org insaf pun jgn la nak wat cerita yg bukan2..takut2 jadi lain lak nanti

  43. astagfirullah hal'adzim…
    Allah Maha Besar…
    semoga kita sekalian tidak merasakan hal seperti itu…
    semua itu adalah teguran dari Allah STW.
    :')

  44. allahuakbar, allahuakbar! allah maha bsar! aku sgguh tkut dgn sksaanmu ya allah! jauhknla aku dri sksaanmu ya allah! bmbngla hmba mu ini ke jln mu ya allah! aku ingn mjadi slh1 hmbamu yg btakwa ya allah..jauhknla kmi dri sksaanmu ya allah..amin, amin ya rabbil alamin..

  45. pki lah tdung kalu tkot diseksa t.

  46. Dato Eddie Delufiase

    BETUL TU PUAN WAHIBAH… beruk2 kat atas nie dok bedebat pasal baju la kain kapan la plak….. benak betul… abik je la cerita tu sebagai ikhtibar dan gambar tu sebagai contoh kan senang dok nk bedebat pasal kain kapan pehal….. ""PROUD TO B MUSLIMS"

  47. Astagfirullah

  48. @Dato Eddie Delufiase ,Ya dato, sejak baca artikal ni mcm tak sedap tidur pula, umur kita bertambah setiap hari dan kadang kita teringat amalan kita yang tak seberapa samada sedar atau tak apa yg kita lakukan, manusia ni selalu lupa, kalau tak ada ketahanan iman kita selalu terlalai dan sya mengingatkan diri sendiri

  49. Dri mna org tau,bahwa mayat itu di seksa slma 3 jam,apakah ada org yg dah mati,hidup lagi??

  50. Inazarina Aziz

    YaAllah…insafnya aku…

  51. tutup la aurat kaum Hawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Close