Salam.. Kali ini saya nak share resepi ayam masak paprik yang amat mudah, senang dan sedap. Resepi masakan ayam masak paprik ini anggaran untuk dua orang makan. So, kalau ramai, boleh ubahsuai kuantiti daripada resepi ayam masak paprik ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahannya:-
- 1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)

- 1 ulas bawang putih
- 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
- 1 sudu besar cili boh
- 2 sudu besar sos tiram (atau 2 sudu besar kicap manis)
- 1 ½ inci lobak merah (dipotong memanjang)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 2 biji cili padi (dipotong)
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
- 1 sudu minyak untuk menumis
- 2 helai daun limau purut
**untuk pekatkan kuah paprik boleh juga masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.
Cara membuatnya:-
- Tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, sos tiram, sedikit air dan kacau sehingga sebati.
- Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
- Masukkan lobak merah, cili dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan garam dan serbuk perasa.
- Masukkan sedikit air lagi kalau mahu ianya berkuah.
- Tutup kuali seketika, sedia untuk dihidang.
Comments
Powered by Facebook Comments
