
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca nukilan Kasih Suci.
Hari ni ingin Kasih Suci bincangkan tentang keserasian dalam perhubungan dua hati. Ramai pasangan mencipta perpisahan apabila tiada lagi keserasian antara mereka. SERASI! satu perkataan yang mudah tapi bukan mudah untuk mencapai keserasian dalam hubungan dua hati.
Apabila perhubungan telah tercipta namun dipertengahan hubungan kata hati mengatakan tiada keserasian mulalah ada antara kita melatah dan cuba berpatah balik. Mula mengundur diri dalam percintaan atau mula memutuskan perhubungan walau telah lama bernikah.
Sayangnya perhubungan indah yang tercipta atas dasar suka sama suka terputus begitu sahaja kan? Bagaimana mula rasa tidak serasi sedangkan selama ini kamu dan dia serasi bersama. Serasi itu apabila kamu dan dia saling menerima persamaan atau perbezaan antara dia dan kamu. Jika ada persamaan itu amat indah, namun jika berbalah kerana perbezaan pendapat dan minat mengapa perlu kata tiada lagi keserasian?
Mencipta keserasian memang bukan mudah tetapi apabila kita belajar menerima kekurangan dan perbezaan dalam minat dan pendapat pasangan kita itu adalah satu keserasian yang hebat dalam perhubungan.
Manusia yang Allah cipta tiada yang sama, walau kembar seiras pun pasti ada perbezaan antara keduanya. Ini pula dua hati berlainan darah dan keturunan dan pastinya berlainan jantina. Pasti ada perbezaan pendapat dan perbezaan minat. Untuk mencapai keserasian kita perlu menerima dan memberi. Belajarlah memberi kefahaman buat pasangan dan belajarlah menerima kekurangan dan perbezaan antara kamu dan dia.
Jika semua minat kamu dan dia sama itu bukan serasi namanya tapi persamaan. Banyak persamaan bersama pun tak semestinya pasangan itu serasi dan kadangkala ianya akan jadi hambar kerana tiada variasi dalam cinta dan hubungan itu.
Moga apa yang ingin Kasih Suci sampaikan ini sampai dengan baik dan dapat difahami oleh kalian yang rasa pasangan kalian tiada lagi keserasian bersama. Moga perhubungan kalian akan baik-baik sahaja selepas ini. Ingatlah mencari kebahagiaan itu perlu dan mencipta kebahagiaan itu juga perlu.
Comments
Powered by Facebook Comments
