Home / Islam / Benarkah Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Kubur Penjahat?

Benarkah Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Kubur Penjahat?

kubur-atas-kubah-masjid-nabawi

Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?

Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini:

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…

Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

3 comments

  1. ooooo…baru tahu..thanks

  2. ooooo…baru tahu..thanks

  3. ستي أمينة

    assalamualaikum. sedikit rasa musykil di cni, masa saya pgi umrah bbrapa bulan yg lepas, mutawwif yg hndle kmi masa d madinah tu mnceritakn bnda yang sma bhwa bnda yg brada yg brada d kubah tu mmng mayat seseorg yg cuba menggangu rasulullah. so, mmng x btul la crita dia tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge