Manusia adalah makhluk yang tidak tetap pendiriannya dan tidak pernah puas dengan apa yang ada kecuali manusia yang sentiasa bersyukur dengan tuhannya dan redha dengan ketentuannya. Manusia adalah makhluk yang dikurniakan hati dan akal fikiran untuk sentiasa memilih yang terbaik dalam kehidupan dan kadang-kadang keliru dengan kebaikkan itu di mana yang manis tersembunyi racun berbisa dan yang pahit itu tersembunyi madu penyembuh luka.

Hati adalah perkara yang kompleks untuk kita mengerti dan fahami. Kenyataannya manusia sentiasa keliru dengan hati sendiri malah hati orang lain. Tersilap caturan mengenai hati orang lain boleh mengakibatkan kelukaan pada yang lainnya. 

Apabila orang yang tersayang berubah hati kebanyakkan kita terus menyalahkan orang yang berubah hati. Satu perkara yang sesuai kita katakan kepada orang yang berubah hati itu ialah dia tidak tetap pendirian. Setiap yang terjadi mempunyai sebab dan asbab mengapa semuanya terjadi.

Mari kita lihat isu “berubah hati” ini dari sudut antara dua hubungan insan yang menjalinkan hubungan percintaan. Terlebih dahulu saya senaraikan mengapa seseorang itu berubah hati sebelum kita menyelami tajuk ini lebih dalam. Seseorang itu berubah hati mungkin kerana :

  • Dia berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari pasangannya.
  • Dia bosan dengan sikap pasangannya yang baru dia ketahui selepas menjalinkan hubungan.
  • Dia selalu disakiti pasangannya.
  • Dia selalu di abaikan.
  • Dia merasakan pasangannya sudah berubah hati.
  • Dia keliru dengan perasaannya.
  • Dia merasakan ketidak serasian bersama pasangannya.

Berubahnya hati orang yang kita sayang akan menghasilkan perasaan sedih kepad diri kita. Ingatlah bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Janganlah pula kita terlalu bersedih, kecewa, marah dan pelbagai lagi perasaan yang hadir semasa kita mengetahui pasangan kita berubah hati. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita dan disebab itulah tuhan mengubah hatinya kepada orang yang sesuai dengannya. Namun begitu, dalam kita berserah dengan tuhan. Cubalah cari puncanya supaya ianya dapat menjada tauladan kepada kita di kemudian hari.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments