Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun
Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun. Nama Niena Baharun sudah menjadi sebutan ramai peminat drama Malaysia. Siapakah Niena Baharun ini? Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Baharun adalah heroin drama terbaru TV3 yang bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz. Drama ini adalah drama adaptasi dari sebuah novel Anugerah Terindah karya Sophilea yang telah menemui penonton di slot Akasia TV3.
Drama Sayangku Kapten Mukhriz akan mula disiarkan hari ini (13 Julai 2016) di slot Akasia TV3 menggantikan drama Seindah Takdir Cinta pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam.
Drama Sayangku Kapten Mukhriz menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi.
Pelakon heroin memegang watak sebagai Saidah dalam drama popular TV3 Cinta Teruna Kimchi membuatkan Niena Baharun ini dikenali ramai. Namanya mula meningkat naik kini.
Siapakah Niena Baharun?
Biodata Penuh Niena Baharun
Nama Komersial: Niena Baharun
Nama Penuh: Amaniena Baharun
Tarikh Lahir: 14/4/1993
Umur: 23 Tahun (2016)
Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam
Asal: Kota Bahru, Kelantan
Adik-beradik: Anak kedua daripada empat adik-beradik.
Kerjaya: Model dan Pelakon
Drama: Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi (2016) dan Sayangku Kapten Mukriz (2016)
Laman Sosial:
1. Facebook Niena Baharun-https://www.facebook.com/NienaBaharunFans
2. Instagram Niena Baharun-https://instagram.com/nienabaharun
Afif Rayyan
Nak jugak wat entri nie.. hmmm
ammar
buatlah. hehehehe
aryanni
Aku miak igan
aryanni
Wow cute lahhh neina baharun