Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016

Mohd Faiz SubriBiodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016

Tanggal 10 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016.

Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

Jaringan gol ajaib oleh Faiz Subri 16 Februari tahun lalu nyata unik dan viral di laman sosial serta mendapat perhatian seluruh dunia.

Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

Faiz Subri berjaya mengalahkan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini. Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Luís Nazário de Lima.

Gol menakjubkan itu mencetuskan fenomena apabila menjadi viral apabila ramai peminat menganggap gol itu hampir menyamai gol lagenda Brazil Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada aksi persahabatan antarabangsa 1997.

Melihat kepada kejayaan Mohd Faiz Subri ini, sudah pasti ramai yang ingin tahu mengenai biodata penuh beliau.

Di bawah ini adalah biodata penuh pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016, Mohd Faiz Subri:

Maklumat peribadi

Nama penuh: Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir: 8 November 1987 (29 tahun)
Tempat lahir: Air Hitam, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.72 M (5ka 7 inci)
Posisi permainan: Attacking Midfielder, Striker
 

Maklumat kelab

Kelab terkini: Pulau Pinang
Nombor: 13
 

Kerjaya remaja

2006-2009: Kedah FA (Piala Presiden)
 

Kerjaya senior*

2009-2010: KSK Tambun Tulang
2010-2011: Perlis FA 30 (6)
2012: T-Team FC (11)
2013-2014: Kelantan FA 0 (0)

Perkembangan Terkini: Dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij dunia The FIFA PUSKAS Award 2016. Faiz Subri berjaya mengalahkan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini.

Comments
  1. shaik noh alkatib |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info