Home / Info / Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia (8 Gambar)

Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia (8 Gambar)

 

Sini kami senaraikan buah yang buat anda berfikir, kenapa aku tak nak cuba merantau ke luar negara.

buah pelik

Tangan Buddha

Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya  mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini sangat berharga.

Kiwano 

Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi.

Yangmei

Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.

 

Deliciosa monster

The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant, monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya dapat mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.

Sumber

About Luna

2 comments

  1. takoT tgk buah 'tangan buddha' ken.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge