Home / Resepi Masakan / Bubur Ayam McD

Bubur Ayam McD

Kepada penggemar Bubur Ayam McD saya ingin berkongsi resepi lazat ini, Bubur ini juga pasti menjadi kegemaran anak anda kerana rasanya yang sangat lazat dan resepinya ringkas dan senang. Selamat mencuba.

Bubur Ayam

Bahan-bahannya:-

1/4 Ekor Ayam Cincang Halus/Kisar
2 Ulas Bawang Putih
1cm Halia Hiris Halus
2 Tangkai Daun Sup
1 Cawan Beras
1/2 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
Garam dan Ajinomoto secukup rasa
Air mengikut beras yang gunakan

Cara membuatnya:-

1) Cuci beras sehingga bersih kemudian masukkan air mengikut beras yg digunakan.
2) Masukkan halia, bawang putih, ayam, garam dan ajinamoto secukup rasa
3) Masukkan kedalam rice cooker masak sehingga ayam menjadi lembut
4) Selepas itu tambahkan serbuk lada hitam dan daun sup
5) Biarkan selama 10 minit. Siap dihidang, boleh dihias dengan bawang goreng dan cili potong.

Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air dan pastikan garamnye cukup, sedap dihidangkan dgn cili api dan kicap cair.. rasa sedap seperti bubur ayam Mcd!!

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge