Home / Info / Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest

Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest

 

 Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest

 

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut . 
 
Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .
 
Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya  . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .
 
Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88
 
” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” 
 
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !
 
Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .
 
Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .
 
Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .
 
Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

About Luna

22 comments

  1. Hamieyko Amaney

    Subhanallah

  2. -Intan 'Chempluk Abiez-

    SuBhAnAlLaH

  3. ianya sentiasa benar…….

  4. subhanaalah

  5. Firdaus Amin Al-Afasy

    Allahu Rabbi

  6. SUBHANAALLAH…MAHA SUCI ALLAH

  7. bace sikit the pening tapi aku tetap percaye tentang kebenaran al-quran dan kebesaran allah.

  8. Nurfahana Ellieyana Kamarulzaman

    Al-an'am ayat 88:itulah petunjuk Allah, dengan itu Dia memberi petunjuk kepada siapa sahja di antara hamba-hambanya yang Dia kehendaki. sekiranya dia mempersekutukan Allah, pasti lenyaplah amalan yang mereka kerjakan…

  9. Terlalu Cool Untuk Ditaip

    ttiba tringat cer katun ice age 4 huhuhu.

  10. " Dia – lah Allah , yang mengetahui benda ghaib dan nyata " . :)

  11. Wan Ridhuan Wan Ahmad

    allah hurobbi

  12. Fareza Akmardens

    Subhanallah..Maha suci Allah..Maha mngetahui :,)

  13. Aiman Yang Bijak

    add me

  14. Fareza Akmardens

    Adik fayyadh kah??

  15. Fareza Akmardens

    Adik fayyadh? Dh add

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close