Home / Info / Cara-cara Mandi Wajib Yang Betul

Cara-cara Mandi Wajib Yang Betul

cara-cara mandi junubCara-cara mandi wajib yang betul mengikut syarat sah mandi wajib.

 

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

Sumber

cara-cara mandi wajibMANDI HADAS DENGAN SHOWER DAN BILANGAN JIRUSAN

Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan “shower”? Dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru

Jawapan;

Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;
1. Perbuatan-perbuatan rukun
2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;
1. Berniat mandi hadas
2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.

2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.

3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.

4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.

5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.

6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.

7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.

8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.

9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.

10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).

11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.

Wallahu a’lam.

Sumber

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

60 comments

  1. syujur alhamdukillah..

  2. thank for information..

  3. thank you for the info me. Alhamdulilah!

  4. Kamarol Azizi

    alhamdulilah

  5. alhamdulillah,, dpt info yg brguna dan lebih tepat lg..

  6. Terima kasih ustaz..moga dengan info ini dapat kite memperbetulkn yg mana amalan yg kurang serpurna dapat la kite sempurna kn dgn betul..amin..

  7. alhamdulillah,, sgla info yg dikemukakan menambah lgi pengetahuan agama saya nih,, smoga allah mencucuri rahmat,, amin :)

  8. alhamdulillah..

  9. Nekisa Abdullah

    alhamdulilah.. terima kasih..

  10. Alhamdulilah berguna jg info ni terima kasih..

  11. Ahmad Syihabuddin

    penerangan yg baik.. nak mudah ikut yg rukun.. korang niat, kemudian terjun kolam,, beresss.

  12. alhamduliillah betul cara beta selama ini…

  13. Amira Amirnuddin

    kalau sebelum mandi dgn selepas tak ambil wuduk sah tak?

  14. Terima ksih sgt2…amin…moga lpas ni dpt info yg bgus2 lg…

  15. em, npe x basuh muka dlu?…sbb law basuh kemaluan, then basuh muka t kena kuman dkt kemaluan 2…

    • kn org ckp..2 sunnah yg nabi wat…pengertiannya meratakn air keseluruh badn yg penting…seng jer nak mandi wajib ni..niat..mandi hingga air betul2 rata keseluruh bdn,,sah la 2 rrrrrrrr

  16. Terima kasih…info berguna…

  17. tksh beri pengajaran yg berguna pd kita sume.

  18. Nurul Asmarliana

    Ar cmne yek tuh?

  19. aku pernah dengar kalo sentuh kemaluan kita tak batalkan wuduk..kemaluan tu bukan najis, hanya tempat keluar najis..pening aku lain2 pendapat..

  20. Amira Amirnuddin

    macam nie, kan sebelum mandi wajib ambik wuduk. lps tu lepas mandi pun ambik wuduk jgk. kalau tak ambik wuduk sebelum dan selepas boleh?

  21. sangat bagus… penerangan yg dberikan adalah terperinci….

  22. rukunnya 2 saje..niat..ratakan air keseluruh badan..yg lain tu smua sunnat..nak solat kenala wudhuk..sebaik-baik amalan,,amalan yang dilakukan rasulullah..والله أعلم

  23. Mengambil wuduk sebelum, semasa atau selepas mandi hadas besar hanyalah sunat. Tak ambik wuduk pun takpe untuk mandi hadas. Jumhur ulama berpendapat wuduk boleh terbatal jika terkena kemaluan tp terdapat juga ulama berpendapat terkena kemaluan tidak membatalkan wuduk sebab kemaluan sebahagian anggota badan kita. Tapi kita berpegang dengan jumhurlah sebab kadang2 berbeza pendapat dlm perkara ranting pun boleh bergaduh. Jika takut wuduk terbatal semasa mandi hadas (hilang pahala sunatnya). Korang boleh guna plastik@ senduk @ apa2 saje sebagai pelapik semasa ingin ratakan air ke kemaluan.

  24. Hakim Sulaiman

    apa kata Rash Eddy? adkah anda lkukan dgn btul?

  25. Aku wat mnde mandi wajib…bkn mcm mu…caaaa okmo..kakaka

  26. Hakim Sulaiman

    mmg mu wt mnde wjib…tpi mndi wajib (keje plik) ni skmo mu wt dlm smggu ork,caaa aje ekpn… hahahahahaha !

  27. kalau tidak ambil wudhuk, apa hukumnyew?

  28. hihi.. make sure lebih 2 kolah jugak kn?

  29. wuduk kan perkara sunat semasa mandi hadas?

  30. Ahmad Syihabuddin

    pastikan air tu suci… lebih dua kolah tu kalo tetibe nampak bangkai ke dalam air tuh, kalo kolam dn air tu bersih, boleh jer

  31. Assalammulikum, saya nak tanya….Kalau nk mandi wajib….kita niat lepas tu terus rata kan air keseluruh bdn? boleh x?

  32. Terima kasih Atas Saran saudara " pengertian cara mandi wajib" thanks&regards from S.amerr

  33. masa sekolah dulu ustazah aku ada la cite tentang ni…ye pertama basuh tangan dan tmpt tut…lepas2 br la mandi macm besa pakai sabun pakai sempooo.. dah yakin badan dah bersih dari najis barula amik air sembahyag dan lakukan lah cara2 mandi wajip yg ada baca kat atas 2…lebih yakin bersihnya tanpa membatalkan air sembahyang klu nak cpt p keja x yah la pegang kat tut tp klu terkena belakang tapak tgn takpa x batal air sembayang 2…ye la kalut nak sembayng subuh lagi klu amik dua 3 kali amik air sembayag lewat plak p keja haha dah la bagun pun lewat haha…

  34. tmakasih saudara , smoga bermanfaat dgn apa yg kita kongsikan..AMIN…

  35. Qaseh Kasturi

    mudah2n segala ibadah diterima Allah, insyallah……amin.

  36. Tq..info yg berguna…

  37. berbanyak terima kasih atas maklumat yg sangat berguna..terima kasih diucapkah…

  38. saye leh lh buat gan tol.

  39. Kolam renang boleh x?

  40. boleh saya tau niat dlm mandi wajib dlm bahasa jawi?

  41. Sangat terang benderang penjelasannya.

  42. Alhamdulillah.. ilmu utk hari ini.

  43. masa mandy wajib..kita guna sabun boleh x?

  44. Alhamdulillah.bertambah lagi pengetahuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge