Cara Semak Keputusan SPM 2016/2017 Secara SMS dan Online

Keputusan SPM 2016Cara Semak Keputusan SPM 2016/2017 Secara SMS dan Online

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2016 telahpun diuar-uarkan sebelum ini. 16 Mac 2017 adalah hari pengumuman rasmi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2016.

Sudah pasti tarikh 16 Mac 2017 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua terutamanya pelajar, guru dan ibu bapa.

Bagi calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2016 secara terus di sekolah masing-masing seawal 10 pagi 16 Mac 2017 manakala calon persendirian boleh mendapatkan keputusan mereka melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.

Namun, terdapat dua cara lagi untuk mendapatkan keputusan SPM 2016 ini iaitu melalui online dan SMS.

Baca artikel penuh mengenai semakan keputusan SPM 2016 ini…

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016Tarikh Keputusan (Result) Dikeluarkan

16 Mac 2017 (Khamis)
Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi

Sistem Aplikasi Semakan SPM 2016 Secara Online

Sila Klik LinkSistem Aplikasi Semakan SPM 2016 Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan

Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia

Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Semakan Keputusan SPM 2016 Secara SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:

  • Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2016

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi
  • Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.

Result-SPM-2016-Rasmi

Selamat maju jaya diucapkan kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM 2016. Semoga menjadi aset penting kepada negara di masa akan datang.

Comments
  1. Wan Syahida |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info