
Assalamualaikum….
Bertepuk sebelah tangan mana boleh berbunyi. Begitulah cinta.Andai hanya satu pihak yang punya perasaan masakan ia boleh bergandingan. Perasaan cinta nan indah tak akan berseri bila bertepuk sebelah tangan. Perasaan cinta takkan bersemi bila cinta tidak berbalas, begitulah nasib cinta bertepuk sebelah tangan.
Bagi insan yang mengalami nasib begini perlu diingatkan, anda boleh buat dua keputusan.
1.Andai anda yakin anda tidak akan frust menonggeng jika cinta anda ditolak mentah-mentah tanpa diberi peluang sila cuba sebaik mungkin menawan cinta si dia. Mana tau nasib menyebelahi anda…kan?
Mungkin si dia sengaja ingin menduga sedalam mana kesungguhan anda dalam meburu cintanya, maka tak rugi anda berusaha.
2.Bawa diri-mungkin amat pedih bunyinya, tetapi ia lebih baik sebelum diri semakin sayang. Lebih baik angkat kaki sebelum anda rasa terpukul cinta tidak berbalas. Semakin lama mendekati dia semakin dalam cinta akan tersemai. Baik cari yang lain, ramai lagi yang sudi. Apa guna menagih cinta pada yang tak sudi…betul kan?
Apa saja keputusan anda, fikir dengan matang dan minta petunjuk dari Allah. Moga anda bertemu dengan insan yang dapat memberi kebahagiaan dunia akhirat buat anda…amin.
Comments
Powered by Facebook Comments
