Home / Info / Ciri-Ciri Lelaki Soleh Menurut Al-Quran Dan Hadis

Ciri-Ciri Lelaki Soleh Menurut Al-Quran Dan Hadis

Ciri-Ciri Lelaki Soleh Menurut Al-Quran Dan Hadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.Kita mungkin sudah biasa dengan tajuk-tajuk seperti ini. Tapi biarlah ia diulang-ulang supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri kita yang sentiasa lalai dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak memberi manfaat kepada kita untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.

Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.

Marilah kita sama-sama meneliti ciri-ciri lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-

Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

” Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah itu), tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. ”
(yunus:62)

” Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! ”
(Al-Fajr:27-30)

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

11 comments

  1. utk renungan kaum adam….

  2. untuk renungan sesama kita..:)

  3. . bacalah! interesting..

  4. Hanzalah Yusuf

    renung2 kan selamat beramali kaum adam.

  5. alangkah indahnya jikalau semua lelaki mempunyai ciri2 sedemikian..

  6. apbila amlan.,keikhlsan..penghyatan n pngorban disimpol menjadi 1..akan terasa ketengan n keindhan dlm islam..insyallah

  7. terima kasih kaum hawa…mudah2han mnjadi kberktan buat kaum adam

  8. LELAKI LIMITED EDITION…wakaka…cm beg PRADA yg limited peolpe wear 2 la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close