Home / Cinta / Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Menjadi Isteri

Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Menjadi Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri yang lepas Kasih Suci dah huraikan beberapa ciri yang perlu ada bagi seseorang tu layak dijadikan suami. Kali ini nak bagi panduan pula pada kaum Adam beberapa ciri wanita pula.

1.Penyayang-Dia perlulah penyayang. Isteri perlu bersikap penyayang dalam melayan suami dan anak-anak mereka kelak. Amat bahaya jika memilih wanita yang pembengis dan panas baran. Banyak kes dera berlaku akibat isteri yang panas baran.

2.Cantik-Cantik tu subjektif. Tapi perlulah dia cantik di mata kamu kerana kamu nak lihat dia setiap hari dan berkasih sayang dengannya. Paras rupa yang menyejukkan hati akan meyejukkan hati si suami. Kecantikannya pasti akan diwarisi oleh anak kalian nanti.

3.Menerima Bakal Mertua-Dia bukan sahaja bernikah dengan kamu tetapi haruslah menerima keluarga kamu terutama ibu dan ayah kamu. Sangat bahaya jika dia tak suka ibu kamu. Mungkin kerana sayang kamu akan jadi si Tanggang moden pula nanti.

4.Suka Anak-Ada juga wanita yang baik tapi tak suka anak. Kata mereka nanti body rosak dan tak lawa jika hamil. Wanita yang mementingkan kecantikan melebihi zuriat tak perlu kita jadikan isteri

5.Pandai memasak-Zaman moden tak semestinya tak perlu memasak. Pandai belajar pun kalau sampai tak pandai masak nak buat apa kan?Tak perlu pandai masak gaya chef terkenal cukuplah pandai masak benda basic lauk biasa yang mudah untuk santapan keluarga. Masak sendiri lebih terjamin kesedapan dan kebersihannya.

6.Rajin-Gadis tersebut perlulah rajin. Kalau dapat isteri pemalas, lintang pukang rumah kamu. Malas nak masak, kain kotor bertimbun, rumah tak bersapu. Akhirnya semua kerja diserahkan pada suami.

7.Murah senyuman – Gadis yang murah senyuman bukan saja buat hati kamu bahagia, malah ibu ayah  ipar duai juga akan mudah mesra dengan isteri kamu.  Tak la nanti orang kata isteri kamu ni seorang yang sombong

8.Berdikari-Carilah isteri yang pandai berdikari. Bukan untuk lepas tangan tak mau bertanggung jawab tapi kalau bab isi minyak kereta, isi borang , buat benda remeh temeh semua tak tau…mau pitam kamu melayan dia nanti.

9.Penyabar-Carilah isteri yang penyabar  yang tahan dugaan dan cabaran dalam hidup.  Kasih Pernah lihat seorang suami mukanya luka-luka kerana dibaling barang ke muka bila isterinya mengamuk. Wahh macam Hulk kan?

10.Serasi-Jika kamu serasi dengannya itu sudah cukup baik. Tak serasi susah untuk tinggal sebumbung. Sukar berkomunikasi dan mencari kata sepakat.

Moga ciri-ciri yang Kasih Suci berikan ini dapat membantu lelaki di luar sana dalam mencari gadis impian mereka.

 

 

 

About Kasih Suci

5 comments

  1. seorang isteri mesi mengar kata2 suami, selagi tidak lari dr ajaran islam.

  2. ciri2…………………………………………………….

  3. ssah nk cari yng mcm nyh skun..

  4. mami like it…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge