Assalamualaikum…

Apa khabar semua? Kasih Suci masih batuk teruk dan sakit dada, doakan Kasih  Suci segera sembuh ye. Nak rungkai bab curang. Mengapa curang boleh berlaku dalam perhubungan? salah insan yang curang atau salah pasangan yang menyebabkan kecurangan berlaku?

Biasanya bila berlaku kecurangan jari akan menuding pelaku dan perampas(kekasih baru). Mangsa adalah insan yang teraniaya. Itu hukum akal dan hukum dunia, semua akan beranggapan begitu. Tetapi jika kita selidiki jalan cerita pergolakan hidup bukan semua kecurangan berpunca dari pelakunya. Kecurangan berlaku akibat tiada perhatian dan kasih sayang yang baik dari pasangan, kerana itulah mata mula beralih memandang ke luar dan cuma mencari ketenangan serta perhatian yang diidamkan.

Bila perhatian dan kasih sayang di luar lebih menarik perhatian mula berlaku kecurangan dan kekasih gelap akan tercipta. Andai jujur dalam cinta kekasih gelap akan dilamar dan mereka bernikah, tapi tetap masyarakat mengaggap mereka curang dan perampas walau tidak tahu jalan cerita sebenar.

Kecurangan biasanya akan berlaku antara dua insan yang akrab. Jika suami, mungkin mereka akan curang dengan teman sekerja, jika isteri pun begitu juga, rakan sekerja, majikan atau siapa saja yang akrab dengan mereka. Walau pun perit apabila pasangan mula curang dan beralih arah, namun ia masih boleh dipulihkan. Usaha cari apa kekurangan dalam perhubungan dan masing-masing perbaikilah diri agar perhubungan akan kembali normal dan hangat seperti dahulu.

Jarak yang renggang antara pasangan akan membuat hubungan hambar. Elakkan dari terlalu mengongkong dan amat penting jangan sesekali lepas tangan dan biarkan pasangan bebas bergaul tanpa pantauan kamu!

 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments