DSC00041

Semalam Ammar dah mula berniaga untuk subjek Asas Keusahawanan MGM 3180 dan lepas habis berniaga tu ternampak lah satu tempat ada nurse dan ramai jugak student. Oleh kerana Ammar ni terasa ingin tahu jadi Ammar pergi lah usha tempat tu. Pastu baru tahu hari semalam UPM ada buat derma darah.

 

Oleh kerana Ammar dah pernah derma darah sebelum ni, semalam terasa pulak nak derma darah untuk kali yang keempat dalam hidup. Walaupun semalam selsema Ammar nak jugak derma darah. Masa isi borang tu tanda semua ok. Sihat seratus peratus walaupun selsema. Biasalah kan, Ammar ni memang degil. Kalau nak sesuatu benda tu mesti nak sungguh-sungguh.

 

Kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih kan? Ye dak?

DSC00042

Apa kisah, satu syarat je tak lepas sebab selsema je. Tubuh badan sihat je pun. Jadi mulalah detik-deti yang mendebarkan untuk sesiapa yang takut jarum. Huhuhuhuhu….. Mula-mula sapu bius macam gambar kat atas tu.

 

DSC00044

Alamak!!! Dah kena cucuk dah. Jarum bapak besar!!! Mujurlah nurse tu cun. Huhuhuhu.

DSC00045

Muka kelihatan pucat sebab banyak darah keluar. Ammar kalau tiap kali derma darah masa saat-saat nak penuh darah tu mesti pucat muka. Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin sebab darah tak cukup kot. Bhahahaha….. Tahu darah tak cukup pergi derma lagi. Hihihihihihi… Tapi tak apa kejap je pun pucat. Lepas tu ok lah. Mujurlah nurse bagi minum air 100 PLUS. Free lagi. Lepas tu barulah lega sikit.

 

DSC00047

Pergh!!! Duduk tepi amoi tu. Huhuhuhuhu.

 

DSC00048

Time mula-mula kena cucuk memang muka ceria macam ni sebab darah baru sikit keluar.

 

DSC00049

Dah nak hampir penuh darah ni. Sikit lagi.

DSC00050

 

DSC00028

Gambar sekitar derma darah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM. Bro yang pakai baju Warna hitam tu kawan Ammar. Nama dia Emanuel Bin Gaba, panggil dia Emon. Di orang Sandakan Sabah.

 

DSC00034

 

DSC00035

 

DSC00036

 

DSC00037

 

DSC00038

Haaa….. Yang ni pulak nama dia Erik. Kawan sekelas dengan Ammar.

 

DSC00040

Comments

comments

Powered by Facebook Comments