Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.Empayar Inca (atau Empayar Inka) adalah sebuah empayar yang terletak di negara yang kini dikenali dengan Peru dan Ecuador dari tahun1438 sehingga tahun 1533. Inka disebut sebagai peradaban “pra-Columbus, ertinya sebuah kerajaan yang sudah wujud sebelum kedatangan Christopher Columbus lagi. Selama tempoh kerajaan tersebut, Inka menguasai sebahagian besar wilayah Amerika Selatan di bahagian barat yang berpusat di Pergunungan Andes hingga 1533.
Ketika waktu pemerintahan bangsa Sepanyol, pihak kolonial penjajah Sepanyol telah menyerbu negeri itu. Atahualpa yang merupakan Raja Inka (Sapa Inca) terakhir, tewas dibunuh oleh penjelajah Sepanyol yang bernama Francisco Pizarro, yang juga menandai awal masa berkuasaannya kerajaan Sepanyol di kawasan tersebut.
Kerajaan Inka terdiri daripada empat suyu (kawasan atau wilayah). Bahasa rasmi kerajaan itu adalah bahasa Quechua, walaupun ada sekitar 700 bahasa tempatan yang digunakan. Suku Inka melakukan pemujaan atas dewa-dewa, dengan Inti sebagai dewa matahari sekaligus dianggap sebagai dewa yang paling besar. Ibu negaranya terletak di Cuzco, atau disebut juga Qosqo, di selatan Peru kini. <namqul></namqul>
TAMADUN INCA
Latar Belakang
Tamadun Inca juga dikenali sebagai Tamadun Andean. Tamadun Inca ini merujuk kepada masyarakat pribumi Hindia Barat yang telah mula berkembang di kawasan tanah tinggi Barat Laut Amerika Selatan untuk beberapa ribu tahun sebelum Masihi sehinggalah kedatangan Sepanyol pada tahun 1532 di kawasan tersebut. Unsur asas ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat ini masih terdapat di kalangan penduduk kaum India di Peru, Bolivia, Ecuador dan Colombia. Frasa “Andean” ini juga termasuk penduduk yang tinggal di tepa pantai Peruvian. Di tepi pantai, ikan dan makanan laut merupakan makanan penting manakala di kawasan tanah tinggi, kegiatan memburu merupakan kegiatan yang penting bagi mendapatkan bekalan makanan. Seperti tamadun yang lain, Tamadun Inca juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan dipercayai kegiatan pertanian ini mula berkembang sejak 4,000 tahun dahulu. Mereka tinggal di rumah yang dibina dengan separuhnya di bawah tanah. Mereka tahu sedikit tentang penanaman jagung dan pembuatan tembikar tetapi mahir dalam penanaman cili, lada dan kapas dan membuat pakaian dan bakul.
Ciri-ciri
Pembentukan Kerajaan
Maharaja Inca bertanggungjawab mentadbir empayar. Baginda suka berperang. Baginda menjalankan pentadbiran secara pecah dan perintah: pembesar dan etnik terdapat di merata tempat dalam empayar; cuba sedaya upaya agar kumpulan etnik tidak berkeyakinan; menyukarkan segala yang dilakukan oleh kumpulan etnik supaya mereka tidak berjaya. Baginda sering berperang demi agama. Kaum lelaki dibahagikan kepada berbagai unit: 100, 500, 1,000, 5,000, 10,000 untuk menjadi tenaga buruh atau tentera. Wanita yang cantgik pula dipilih untuk dijadikan gundik kepada pembesar dan raja. Gadis yang tidak cantik dijadikan “virgin of the sun” serta diarah menenun kain.
Organisasi Sosial
Maharaja (emperor) dianggap sebagai “Tuhan Matahari” selagi masih hidup, berkuasa penuh. Selepas Maharaja, apo yang mentadbir 4 tentori dalam empayar (dengan itu mempunyai 4 orang apo). Mereka merupakan saudara mara Maharaja. T’oqrikq pula merupakan gabenor wilayah. Beliau menduduki tempat selepas apo dan memerintah wilayah yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Kurakas pula merupakan ketua etnik yang bertanggungjawab memungut cukai daripada kalangan penduduk dalam unit manusia. Sebagai balasan kepada kurakas, dia tidak perlu membayar cukai. Formen pula bertanggungjawab mentadbir 10 buah rumat. Akhir sekali ialah rakyat.
Perkembangan Teknologi
Masyarakat Inca mula menggunakan dacing untuk menimbang. Selain itu, mereka juga mempunyai sistem pengaliran yang maju. Sistem pengairan ini telah membantu meningkatkan hasil pertanian. Mereka juga membina jambatan yang tergantung merentasi lurah. Masyarakat Inca juga tahu membina jalanraya. Jalanraya mereka dibina melalui gunung-ganang dan pantai. Sistem sukatan telah mula wujud pada zaman ini iaitu ukuran tangan Inca (8 inchi/20 cm) dan ukuran tubuh badan (160 cm). Mereka juga mempunyai sistem kalendar iaitu setahun mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan 30 hari (mula dengan Disember). Setiap bulan pula mempunyai 3 minggu dengan seminggu mempunyai 10 hari.
Wujudnya Kepercayaan
Masyarakat Inca memuja nenek moyang sendiri. Selain itu, tuhan pencipta (Virococha) juga disembah oleh seluruh empayar. Penyembahan Virococha akan dijalankan di kuil-kuil yang dibina oleh paderi. Penduduk tempatan dibenarkan menjalankan penyembahan sendiri tetapi dengan syarat menyembah Tuhan Inca. Selain daripada penyembahan Virococha, tuhan matahari juga disembah. Dalam penyembahan-Nya, upacara pengorbanan manusia akan dilaksanakan.
Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Tulisan masyarakat Inca adalah berbentuk gambar. Selain itu, rekod yang melibatkan nombor dibuat di atas ikatan tali yang dipanggil quipu.
Comments
Powered by Facebook Comments
