Euro 2012: Air mata Balotelli
KEMPEN Euro Mario Balotelli berakhir dengan linangan air mata selepas Itali tumpas 0-4 di tangan juara bertahan, Sepanyol.
Bintang Manchester City itu gagal meneruskan impak seperti dipamerkan pada perlawanan separuh akhir menentang Jerman, di mana dua jaringannya membawa Azzurri ke pentas final dalam tempoh 12 tahun. Sebaliknya, Balotelli yang boleh digelar ‘bapa kepada segala kontroversi’ mempamerkan sentuhan kecundang malah tenggelam ketika berdepan pertahanan La Roja.
Sebaik wisel penamat dibunyikan, Balotelli dilihat gagal mengawal perasaan. “Saya pesan kepada Mario, kekalahan ini harus diterima dan perlu dijadikan pengajaran,” kata jurulatih Itali, Caesare Prandelli.
Walaupun perangainya yang agak kurang menyenangkan oleh banyak pihak dan muka yang agak ganas, tetapi dalam hatinya tetap ada taman. Goodluck!
Comments
Powered by Facebook Comments

