Home / Info / Fakta! Kemewahan Daerah ‘Gangnam’ Di Korea Selatan

Fakta! Kemewahan Daerah ‘Gangnam’ Di Korea Selatan

Fakta Ringkas Daerah Gangnam:

  • Gangnam adalah nama daerah atau kawasan di Korea Selatan. Dari segi nama, Gangnam bermaksud bahagian selatan sungai. Gangnam sendiri terletak berdekatan dengan sungai Han.
  • Daerah ini dikenali sebagai simbol kekayaan dan pendapatan yang melimpah di Korea, sehingga Gangnam menjadi salah satu daerah yang terkenal dengan kehidupan mewah, glamour dan selera fashion yang sangat tinggi.
  • Boleh dikatakan, Gangnam adalah pusat orang-orang berduit dan kaya-raya, kawasan real estate super mewah dan tempat di mana pelbagai syarikat kelas dunia berdiri (Samsung, Hyundai, dsb).
  • Jika anda penggemar K-Pop, maka di sinilah berdiri pejabat pengurusan  artis yang sangat besar, iyaitu S.M. Entertainment (Super Junior, SNSD, dsb) dan JYP Entertainment (Wonder Girls, 2PM, Miss A, dsb).
  • Dengan segala kehidupan mewah yang ada di dalamnya, Daerah Gangnam sering disamakan dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Kemewahan Dunia dan Pusat Pembedahan Plastik

Sama seperti kawasan mewah lain di seluruh dunia, Gangnam adalah kawasan yang tidak pernah tidur. Bagi para pecinta barang berjenama mewah kelas dunia, Gangnam menawarkan syurga belanja yang tentunya memerlukan anda berduit.

Anda akan dengan mudah menjumpai barang berjenama seperti Gucci, Dolce Gabana, Prada, Giorgio Armani, Banana Republic dan pelbagai fashion line kelas dunia yang lain. Mall terbesar di Seoul juga terletak di Gangnam, iaitu COEX Mall.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa warga Korea Selatan terbiasa dengan pembedahan plastik.

Di kawasan inilah anda dapat menikmati kemudahan pembedahan plastik di tangan doktor-doktor terbaik. Gangnam menjadi tempat bagi wanita dan lelaki yang ingin melakukan pelbagai perubahan fisikal melalui pembedahan plastik.

Kritikan Sosial Dalam Gangnam Style

Jika anda membaca memahami erti lirik Gangnam Style, sebenarnya lagu ini adalah kritikan sosial ke atas kemewahan yang ditawarkan di Daerah Gangnam.

Seseorang rela tidak makan demi untuk minum kopi di salah satu restoran Gangnam, kerana menjadi sebahagian dari Gangnam adalah sesuatu yang dianggap sangat hebat.

Walaupun begitu, Gangnam tidak melupakan tradisi Korea Selatan. Di sana terdapat pelbagai kawasan budaya dan seni, misalnya Museum Kimchi, Horim Art Center, Coreana Art & Culture Complex, Kuil Bongeunsa, pelbagai kedai yang menjual barangan khas Korea Selatan, kedai makan yang menyajikan masakan Korea, dan sebagainya.

Jika suatu hari nanti anda mengunjungi Daerah Gangnam, pastikan anda membawa banyak wang. Pastikan juga penampilan anda up-to-date dan mewah, kerana cara anda berpakaian menjadi hal yang sangat sensitif di kawasan Gangnam. – 2dayblogger.com

About Asyraf Asnawi

Nama penuh Asyraf Asnawi Bin Nasir. Berminat sukan bola sepak. Suka berkongsi info tentang sukan. Pasukan bola sepak kegemaran ialah Malaysia, Kedah FA dan Arsenal FC.

3 comments

  1. "ko" bermakna engkau atau kamu dlm kamus dewan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close