Fam tidak buat bantahan terhadap myanmar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin hari ini mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat bantahan kepada AFC terhadap pemain lebih umur Myanmar.

Pasukan Malaysia B22 telah membuat bantahan awal sejurus selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon dan AFC telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan Malaysia B22 vs Myanmar B22 di Yangon.

Mengikut peraturan AFC, pihak FAM harus menghantar surat bantahan rasmi kepada AFC dalam masa 48 jam selepas perlawanan tersebut dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam. Namun, FAM hari ini telah mengesahkan di sidang media bahawa mereka tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.

“Saya mengesahkan bahawa pasukan Malaysia telah pun menghantar surat bantahan awal semasa mereka berada di Yangon selepas perlawanan.” kata Datuk Azzuddin.

Tambahnya lagi: “Pada 5 Julai, semalam, AFC telah memaklumkan kepada FAM bahawa mereka telah menerima surat bantahan awal di Yangon dan telah memberi garis panduan kepada kami tentang apa yang selanjutkan patut dilakukan.”

Apa dah jadi ni? Orang FAM malas buat kerja? PRESIDEN DAN KRONI FAM SILA LETAK JAWATAN!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments