Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?

fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?

Adakah betul Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai? Menerusi laman web hiburan sebelum ini hubungan rumah tangga Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli @ Jejai dikatakan semakin retak.

Sumber sahih yang memaklumkan berita itu kepada mStar Online berkata, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.

Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.gambar fasha sandha dan jejai di mahkamah.png

Terbaru..

bukti fasha sandha bercerai.jpg

Menurut maklumat dari ruangan forum cari.my, pasangan ini telah pun bercerai selepas Fasha dijatuhkan talak. Berita ini hanya tersebar dikalangan orang terdekat sahaja.

Bagaimanapun setakat ini belum ada pengesahan dari Fasha sendiri. Namun, berita terbaru mendapati akaun instagram Fasha dan Jejai telah di “private” kepada orang ramai.

akaun instagram fasha sandha.png

Tindakan Jejai dan Fasha Sandha membuat akaun instagramnya menjadi “private” mungkin untuk mengelakkan orang ramai “stalker” mengenai status terkini rumah tangganya. Mungkin dengan cara itu juga adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan spekulasi yang tidak betul oleh peminatnya.

Fasha  dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Kemaskini Terkini 20/1/2016

Pelakon Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun. Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.

Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016. Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli(Jejai). Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.

Pasangan ini telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Latest Comments
  1. Anuar |
  2. sofia lajuba |
  3. Sofea Labaju |
  4. Elly |
  5. aryanni |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info