Home / Info / Fenomena Sarang Labah-Labah

Fenomena Sarang Labah-Labah

Fenomena Unik, Pohon-Pohon di Pakistan Diselimuti Sarang Labah-Labah

 

Jutaan labah-labah di Pakistan melakukan sesuatu hal yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Labah-labah tersebut bersarang di pokok dan membuat sawang yang menyelubungi seluruh pohon. Kejadian ini pertama kali diabadikan oleh seorang jurugambar yang berasal dari wilayah Sindh di sebelah Tenggara Pakistan, berhampiran Karachi, di mana pohon-pohon di sana dibaluti oleh sarang labah-labah seperti kepompong.

 

 

Ramai yang mengaitkan peristiwa ini dengan banjir yang terjadi di Pakistan tahun lalu yang merupakan banjir terburuk yang dialami oleh penduduk Pakistan sejak 10 tahun yang lalu. Bencana banjir ini mengakibatkan kira-kira 20 juta warga Pakistan kehilangan tempat tinggal dan menurut data Department for International Development kerajaan Inggeris, kawasan yang masih digenangi adalah seluas wilayah Inggeris.

 

Peristiwa ini adalah yang pertama seumpamanya terjadi di Pakistan. Namun, penduduk melaporkan bahawa kehadiran sarang labah-labah di pokok-pokok mempunyai sumbangan dalam mengurangkan jumlah nyamuk di tempat itu yang mana populasi nyamuk semakin menjadi-jadi akibat adanya takungan air yang membolehkan nyamuk membiak.

 

 

Risiko penyakit malaria juga menurun kerana dianggarkan jaring-jaring tersebut memerangkap nyamuk-nyamuk malaria yang berkeliaran di sekitar tempat itu.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

One comment

  1. Zarin Nur Fitri

    j

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close