Madeira ialah segugusan kepulauan Portugal yang diawalnya dikenali sebagai Pulau Ungu oleh orang Rom. Pulau ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik  pada koordinat 32°22.3′N, 16°16.5′W dan 33°7.8′N, 17°16.65′W. Pulau ini lebih hampir dengan daratan Maghribi/Morocco berbanding dengan Portugal. Pulau Madeira berkedudukan 560 km di barat Morocco.

 

Pulau ini terkenal dengan sistem pelancongan dan menjadi tempat pilihan utama penduduk di Eropah kerana kehebatan wain Madeira, bunga-bungaan-nya, dan kesenian sulamannya, serta sambutan Tahun Baru yang menampilkan pertunjukan bunga api mengagumkan yang merupakan pertunjukan seumpamanya yang terbesar di dunia menurut Rekod Dunia Guinness.

 

Keunikannya tentang pulau ini ialah fenomena cahaya yang menembusi celahan awan seringkali kelihatan seolah-olah bagai sebuah UFO sedang bersembunyi disebalik awan yang tebal.

 

 

 

P/S: ada sape2 nk melancong kat sini x?

Comments

comments

Powered by Facebook Comments