Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semula keputusan untuk melibatkan 24 pasukan dalam Piala Malaysia musim depan.

Akhbar New Straits Times melaporkan, keputusan awal FAM itu dikhuatiri akan menyebabkan Piala Malaysia hilang keistimewaannya apabila ia turut melibatkan pasukan di kedudukan rendah Liga Perdana.

“Kami akan mengkaji semula perkara ini. Saya akan mengadakan mesyuarat nanti” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kepada New Straits Times.

“Idea untuk melibatkan semua pasukan dalam Liha-M – 12 dari Liga Super dan Liga Perdana dicadangkan oleh persatuan negeri yang dimana kemudiannya disokong.”

Comments

comments

Powered by Facebook Comments