Gadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan

Gadis CinaGadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, gadis cina memandu Proton Gen 2 yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang Selasa lalu, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis  syabu ke dalam badan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Tertuduh iaitu Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Pei Ven didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, jam 5 petang, Selasa lalu.

Hukuman Denda RM5,000 atau Penjara 2 Tahun

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun, jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Md Azman menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memohon perintah lapor diri di Jabatan Narkotik seminggu sekali, selain meminta lesen memandu tertuduh digantung.

Baca artikel berkaitan dengan kes ini:

  1. Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
  2. Saksi Dedah Cerita Sebenar Kes Gadis Cina Lawan Arus

 

Comments
  1. Wan Syahida |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info