Semenjak dua menjak ini ramai artis yang dahulunya tidak bertudung kini bertudung litup. Penghijrahan segelintir artis di Malaysia ini mendapat sokongan baik dari peminatnya. Antara artis yang kini bertudung adalah, Abby Abadi, Natasha Hudson, Catriona Ross, Irma Hasmie, Diana Amir dan ramai lagi.
Terbaru, Nora Danish dan Yana Samsudin tampil bertudung litup. Dua orang artis ini tampil bertudung litup apabila muncul di dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah. Semoga Allah membuka pintu hati kedua-dua pelakon ini untuk terus bertudung litup bukan sahaja di dalam filem tetapi di luar filem. Amin.
Comments
Powered by Facebook Comments




artis atau siapa2 lah perempuan yg tak bertudung bila bertudung nampak cantik sangat. setuju? hehe
lebih sopan dan dihormati ….