Gambar Pertembungan Berdarah, 5 Sekeluarga Maut Termasuk Bayi 1 Bulan

pertembungan berdarah di lahad datu sabahGambar Pertembungan Berdarah, 5 Sekeluarga Maut Termasuk Bayi 1 Bulan

Kira-kira jam 2.50 petang tadi(28.8.2016) lima maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bagahak, Lahad Datu, Sabah.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Katizah Rahaban berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang membabitkan kemalangan itu.

“Tujuh anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang dipercayai bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan.

“Ketika operasi, terdapat enam mangsa dan empat daripadanya tersepit di dalam kenderaan Proton Saga sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Manakala dua lagi kanak-kanak tersepit mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi, tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad mengesahkan terdapat lima mangsa maut dalam kemalangan itu.

Antara mangsa yang meninggal dunia dan cedera adalah seperti berikut:

Meninggal dunia
1. Mazlan Mohd Yusof, 33 tahun
2. Nursuerah Mazlan, 3 tahun
3. Nurijah Ekorah, 32 tahun
4. Muhammad Eznur Shah Ziman Mazlan , 6 tahun
5. Nurul Zaheera, sebulan

Cedera
1. Nurul Zuelah Mazlan, 7 tahun

Di bawah ini beberapa keping gambar di tempat kejadian. Sungguh menyayat hati!

foto lahad datu eksiden gambar kemalangan di lahad datu gambar kemalangan maut di lahad datu gambar kemalangan gambar pertembungan berdarah Gambar-Pertembungan-Berdarah-5-Sekeluarga-Maut-Termasuk-Bayi-1-Bulan kemalangan maut di lahad datu

Comments
  1. ira |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info