Seperti sedia maklum, semalam telah berlangsung majlis pertunangan artis popular, Liyana Jasmay dan Fathuddin di kediaman artis itu sendiri. Majlis yang sungguh meriah itu dihadiri ramai jemputan antaranya adalah media, kaum keluarga dan rakan artis.

 

Apa yang menarik apabila pada majlis pertunangan Liyana Jasmay semalam turut dihadiri artis yang baru sahaja pulang dari berbulan madu iaitu pasangan pengantin baru Lisa Surihani dan Yusry.

 

Pasangan artis ini kelihatan semakin berseri-seri setelah pulang berbulan madu dari Eropah. Mungkin kedua-dua artis ini sedang berbahagia. Harap-harap jodohnya kekal dan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

 

 

 

 

Gambar: Ohbulan

Comments

comments

Powered by Facebook Comments