Alhamdulillah Akhirnya Rusia Umum Genjatan Senjata Seluruh Syria

Genjatan SenjataAlhamdulillah Akhirnya Rusia Umum Genjatan Senjata Seluruh Syria

Alhamdulillah akhirnya konflik di Syria menunjukkan tanda positif untuk tamat. Rusia telah mengumumkan genjatan senjata seluruh negara Syria. Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata persetujuan gencatan senjata di seluruh Syria telah berjaya dicapai dan sedikit masa.
 
“Tiga dokumen sudah ditandatangani. Gencatan senjata antara kerajaan Syria dan pembangkang adalah titik pertama. Hujah kedua, sebuah pakej dasar untuk mengawal gencatan senjata. Sementara yang ketiga, deklarasi untuk memasuki pembicaraan damai di Syria,” tambahnya.
 
Sebelum ini Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu mengatakan, bahawa Rusia dan Turki akan menjadi penjamin bagi perjanjian yang ditandatangani kerajaan Syria dengan pihak pembangkang.
 
Kejayaan gencatan senjata nasional undian akan sangat bergantung pada seberapa patuh puak-puak yang terlibat dalam pertempuran untuk meletakkan senjata. Rejim Syria saat ini disokong oleh kumpulan dari Iraq, Iran, dan Lebanon.
 
Sepanjang bulan ini, Turki dan Rusia telah beberapa kali berusaha mewujudkan kerja sama dalam perjanjian gencatan senjata di Bandar Aleppo. Namun banyak di antaranya gagal dan yang terakhir berjaya dengan dimungkinkannya pemindahan puluhan ribu warga Aleppo yang telah berada di bawah kuasa pemberontak selama lebih daripada empat tahun.
 
Turki dan Rusia pada dasarnya mempunyai pandangan berbeza berkaitan rejim Bashar al-Assad. Bulan lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa pasukannya memasuki Syria untuk membantu menamatkan rejim Assad.
 
Sementara di lain sisi, Rusia merupakan sekutu kuat Assad. Rusia telah terlibat secara langsung dalam pertempuran di Syria melalui serangan udara sejak tahun 2015.

Genjatan senjata seluruh Syria bermula tengah malam ini.

Rusia mengumumkan persetujuan gencatan senjata di seluruh Syria telah berjaya dicapai dan sedikit masa lagi Presiden Rusia, Vladimir Putin akan menandatangani proses pengawasan antarabangsa bagi memastikan kelancaran genjatan senjata.

Sebanyak 7 kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad yang tentera mereka dianggarkan seramai 60 ribu orang juga menandatangani perjanjian ini yang mana Turki menjadi penjamin bagi pihak penentang Bashar al-Assad.  Mereka akan mematuhi genjatan ini dan Rusia pula menjadi penjamin bagi pihak Bashar al-Assad dan militan syiahnya akan mematuhi genjatan ini.

Sumber : Shehab News Agency

Muda-mudahan genjatan ini berjaya dengan izin Allah tetapi kita jangan lupa Amerika tidak akan berpuas hati sebarang perjanjian yang tidak melibatkan mereka dan kepentingan mereka.

Comments
  1. ira |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info