Perkhidmatan bas dalam bandar GO-KL City telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31/8/12 sempena sambutan Merdeka 55. GO-KL City adalah khidmat bas percuma untuk warga Kuala Lumpur dan pelancong untuk beberapa jajaran antaranya KLCC-Bukit Bintang-KLCC dan Jalan Sultan Muhamad-Bukit Bintang-Jalan Sulan Muhamad.  Peringkat pertama lebih 15 bas disediakan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 10,000 – 20,000 pengguna.  Waktu beroperasi GO-KL City pada jam 6.00 am sehingga 11.00 pm dan dilengkapi dengan kemudahan WiFi. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini pasti akan membantu kita ke destinasi yang disediakan dengan lebih selesa malah tanpa kos! Syabas buat peminpin kita.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments