Home / Info / harga kereta proton preve

harga kereta proton preve

gambar dan harga kereta proton preveSenarai harga kereta Proton Preve mengikut model. Dengan ini secara rasminya kereta Proton Preve dilancarkan dan bakal berada dipasaran tidak lama lagi. Semalam 16 April 2012 merupakan tarikh pelancaran model baru dari Proton iaitu Proton Preve.

 

“PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global. Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.

 

dashboard proton preveProton kini  memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport. Proton Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat. Proton Preve juga dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

 

gambar stearing proton preveKereta ni didatangkan dengan 3 jenis iaitu 1.6 CTV premium, 1.6 executive cvt, 1.6 executive 5 (kelajuan manual). Harga proton preve:

RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)

 

Selain itu, jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.

harga dan spesifikasi kereta proton preveKLIK SINI untuk membaca spesifikasi kereta Proton Preve.

 

harga kereta proton preve

 

proton preve turbo

 

ruang dalaman proton preve

 

warna proton preve

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

12 comments

  1. Rahimahtul Rosdi

    smart giler!

  2. Rahimahtul Rosdi

    cantik n kreatif!

  3. I lke……

  4. biase je..pintu belakang tak mesra OKU.SEMPIT.

  5. Ahmad Fuad Mokhtar

    ape kena mengena dgn oku

  6. kihh3….pintu kecik la sial blkg.ko tgk kt bloger.chumi nk masuk pon sgkut.hehee..

  7. tapi model preve dlm hrga 73k sje y de 4 air bang n wifi…harga bawah 73k hya de 2 air bag je n xde wifi pn…igtkn sma je rupanye lain..

  8. smart tol keta ni…..

  9. As-Salam.. bagi aku best preve’ ni sbab body stukturnya mcam Mazda3 & Seat Cordoba (Spanyol).. rekaan dalaman simply & sporty.. tapi kalu d’bandingkan Proton Waja rekaan dalaman mewah sapai sekarang (Waja Campro 1.6L model 2007).

  10. Best krita preve ni terutama body stukturnye.. membuktikan kontinentalnye padat bergaya & luxury, antara Mazda3 & Seat Cordoba (Spanyol) kemudian rekaan dalamnya kemas, sangat simple & luas, jika d'compare dgn Proton Waja Campro '07 rekaan dalamnya mewah spai sekarang krita aku skarang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge