Ong Kim Swee gembira dengan persembahan pasukannya yang menewaskan Brunei DPMM 2-1 di Stadium Bandar Sri Begawan, Brunei semalam.

Harimau Muda yang sebelum ini tewas dua perlawanan Liga kerana kehilangan pemain-pemain tonggak telah kembali ke saingan Liga Singapura semalam dan naik ke tempat ke-5 Liga hasil jaringan Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam.

Ong Kim Swee amat berpuas hati dengan pasukannya yang telah beraksi seperti juara malam tadi.

“Jika kami beraksi seperti perlawanan ini, terutama sekali pada separuh masa pertama, bila-bila sahaja kami boleh menjuarai Liga.” katanya kepada ESPNSTAR.my

“Pemain saya menunjukkan karakter dan mentaliti yang hebat menentang DPMM yang tidak kurang hebatnya.”

Comments

comments

Powered by Facebook Comments