Home / Info / Hebatnya Sultan Brunei

Hebatnya Sultan Brunei

Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.

Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.

About Asyraf Asnawi

Nama penuh Asyraf Asnawi Bin Nasir. Berminat sukan bola sepak. Suka berkongsi info tentang sukan. Pasukan bola sepak kegemaran ialah Malaysia, Kedah FA dan Arsenal FC.

84 comments

  1. Royal Darksynth

  2. smga Dipnjangkn usia keatas baginda..aminn..

  3. Sharizatul Shema Hashim

    Alhamdulillah…semoga Baginda mendapat pahala berlipat ganda dari Allah SWT diatas segala kebaikannya…

  4. walaupon sultan brunei nih bukan org malaysia tpi tetap respek sbb dier seorg pemimpin yg bagos….bler la malaysia nk ad leader yg betol2 bagos cmnie…buat sesuatu berpandukan agama…

  5. Athena Hetfield

    bangga jdi orang Brunei.moga Sultan kami sntiasa kekal memerintah dgn aman..m0ga Allah melindungi kita semua.

  6. Raja kita asyik nak belasah rakyat jelata, berebut dgn rakyat dan suka bergelumang dgn maksiat kecuali beberapa orang sultan melayu termasuk Sultan Kelantan yang sgt baik perwatakan baginda dgn mengamalkan cara hidup Islam.

  7. Brunei Ala Ala Return

    ALLAHU AKBAR…
    DAULAT TUANKU…
    :))

  8. Brunei Ala Ala Return

    Hebatnya Sultan Brunei ……..@Brunei Ala Ala Return

    Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia.
    Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata.
    Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

    Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.

    Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei Menanggung kos Elektrik Masjid Nabawi di Madinah Setiap Bulan pada kos RM2 Juta.

    Difahamkan lagi pada Bulan Puasa pula mungkin sebagai Tanda Penghargaan kepada Pihak Kerajaan Brunei,
    Kerajaan Arab telah menghantar Satu Kapal Terbang Kurma ke Brunei.

    Sungguh Bijak Golongan Hartawan Mengumpul Saham Untuk Akhirat, kan?

    Sungguh Luar Biasa !

    Pada Bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka Pintu Istananya untuk rakyat jelata Berbuka Puasa di Istananya.

    Subhanallah.

    Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan.
    Sumber superfantasia.my.

  9. Nor Salihah bt. Tahir

    MasyaAllah.

  10. rakyat brunei

    “Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

    -macam mana anda rakyat malaysia tahu tentang hal kos pembayaran elektrik masjid nabawi ini…sedangkan kami rakyat Brunei tidak pernah tahu tentang perihal tersebut….tentang pembahagian kurma, ianya pemberian secara percuma kepada semua isi keluarga didalam rumah termasuk pembantu rumah jika ada.semua rakyat brunei bersyukur kepada Allah Taala atas keperibadian baginda yg adil dan bijaksana.

    Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.”

    - pada bulan ramadan di bukakan pintu istana, diada kan majlis tedarus di istana nurul iman sehingga khatam al-quran. orang ramai datang berduyun-duyun, untuk ikut serta memeriahkan majlis tersebut. tiap seorang akan menerima sedekah dari KDYMM Sultan. mana ada buka puasa dgn rakyat dalam istana. hanya pada hari raya ke 2,3 &4 istana dibuka bagi kunjungan orang ramai untuk beramah mesra dengan Sultan dan kerabat diraja yang lain.

    Niat untuk share memang baik, tapi kesahihan cerita belum pasti.

    • tntang RM2 juta tu mmg btol.. bkn tu sj.. bnyk sngt yg baginda sedekah.. tpi prinsip baginda mngikut islam tidak dheboh.. klu sedekah yang heboh2 tu.. hanya sedekah politik.

  11. sultan brunei adalah antara sultan yg trbaik.yg pernah sya kenal. wlaupn sya bukan rakyat brunei. tp sya dh lama tgl dn brkja d brunei. sya amat selesa. smasa d sana. trima kasih kebawah duli. brunei adalah negara yg aman dn makmur,

  12. memang benar sekali info ini kerana sepanjang saya menetap di brunei itu yang berlaku…rakyat jelata begitu senang sekali dengan sultannya itu. sultannya tidak pernah melupakan rakyat. bukan itu saja…rakyat juga dapat pergi mengerjakan haji secara percuma sekali seumur hidup. sebab tu rakyatnya ramai bergelar haji dan hajjah. Negara brunei memang terbaik sekali.

  13. bukan sultan saja yg mempunyai hati yg baik malahan adik beradiknya juga baik hati dan tidak sombong. Saya suka kepada PAP Nor'ain dan PAP Masna. PAP Noor Ehasini juga baik….saya suka mereka semua.

  14. like…

  15. alhmdullilh,aku bangga menjadi rakyat Brunei… Syukur

  16. seronoknya bumi brunei

  17. ui Rakyat Brunei . yatah ko nih nda tau menau , idup jaman purba pakah , andang jua sultan byar kos anu masjid atu . gnya sultan merasia kan , nda jua payah mbuat kbaikan ani dgtau rah urg pakah , mcm memalukan jua ko atu eh , talur .

  18. apa yg d perkataan adalah betul selaku rakyat Brunei.. Alhamdulilah

  19. Jéèhäñ Âbdúllãh

    Jeffrey tu mcna yer…

  20. Minyak Petrol juga murah di sana berbanding negara kita di Malaysia….sedangkan kedua2 negara pengeluar minyak terbesar negara….1 liter petrol $0.50 the diesel $ 0.30….seronok tak..kalau negara kita di Malaysia turunkan harga minyak…untuk kesenangan RAKYAT….

  21. Mohd Shafiq Kamarudin

    sbb tu kami mahu tukar pemerintah..bg kerajaan baru memerintah k..pas

  22. jefri bolkiah memang seorang yg pemurah & prihatin :D dont judge him just because of what he did before, amalan baiknya you might be dont know cause you aint bruneian & you dont see what he did here, you m'sia people dont know him well because you never talk and meet him personally.

  23. Shasha Shazzy

    Masha Allah, Allahu Akbar. Daulat Kebawah Duli Tuan Patek. Not to mention every year, kebawah Duli tidak lupa memberi KURNIA peribadi, bagi rakyaat yg tertentu, yang berhak menerima. Masha Allah. IM PROUD BRUNEIAN :) <3.

  24. Asalamualaikum kn betanya nisan sunny apa ceritanya n plz inbox me k

  25. Baginda memang pemurah (dermawan).

  26. alhamdulillah aku pun urg malaysia, sarawak nw dh jdi rakyat kbwh duli, rasa bngga sngat coz kbwh duli tk milih bangsa, dn sangat2 bersyukur mdapat raja seperti kbwh duli.

  27. Daulat tuanku.. aku kongsi tarikh befday yg sma ngan tuanku.. tahun ja lain. Hehehe

  28. Bukan sahaja Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya pada bulan puasa, setiap keluarga miskin di Brunei akan diberikan BNR60,000 setiap kali hendak menyambut Hari Raya. Tak taulah bagaimana dikategorikan miskin di Brunei sebab banyak kali saya berurusan di Brunei tak nampak pun orang miskin. Mungkin mereka2 yang duduk di kampung air kot dikategorikan miskin.

  29. Isrul Muta'affif

    kami amat menyayangi Sultan kami…semoga baginda kekal memerintah dsingahsana…klu pemerintah dnegara lain mcm ni kan bagus…rahmatttt.

  30. Cikgu Atik Hariri

    subhanallah….bestnyerrr….respect from malaysia…..keep it up!!!

  31. Itulah raja yang betul betul raja>>>tahniah Brunei.

  32. pembetulatan heheeh i pun org kg air gak,bkn diketgorikn miskin tp sederhana

  33. Jeehan Abdullah yes wlupun die mcm mna but he s pmurah jua apa yg ku ingatdulu every year ia akan mberikn seorg $200 untuk perbelanjaan hri raya

  34. syukur kepada yang Maha Kuasa, atas panduan di berikan

  35. di brunei,ade tak bangsa lain selain melayu?adakah mereka dilayan sama adil?tq

  36. beruntung brunei ada sultan yg berjiwa rakyat

  37. buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…………..boring

  38. Motto negara brunei "sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk allah"
    Malaysia "bersekutu bertambah mutu"…
    Due2 ngare islam…hmmm pk2kan dan slmat beramal…

  39. di brunei ne banyak bangsa lain jua dan mereka pun di layan sama adil..tidak ada pilih kasih kerana mereka juga rakyat brunei

  40. Abbygail Yong

    ada. 7 bangsa, semua dilayan sama selagi ianya penduduk tetap :d

  41. Abbygail Yong

    minyak dbrunei bersubsidi. dibayar separuh oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

  42. dulat kebawah duli tuan patik bangga jdi rakyat kebawah duli.

  43. Sultan Brunei ade pesbuk x..

  44. semua cakap sal politik xpk panjang la… kerajaan boleh bg semua tu, tp sggp ke kita nk hadap dgn cukai tinggi? kejatuhan ekonomi? kaji dulu la sebelum meminta semua tu…

  45. kita malaysia apa ada? rasuah , perang sesama islam… banyak kelab malam… maksiat bersepah.. sebab apa? pemimpin sendiri yg bodoh apatah lagi banggang tak bertempat… aku suka pi brunei.. ketenangan yg berpanjangan.

  46. Mohd Fuad Jamaludin

    harap2 sultan brunei tgerak hati menuntut kembali sarawak..

  47. Orang M'sia tolong jadi manusia yang tau bersyukur……..

  48. ada.. semua dilayan dengan adil.

  49. memang sultan terbaik…xmacam kt malaysia ni..huuhh..

  50. Muhammad Hafizul

    bila la najib nk buat mcam nie.

  51. sultan brunei yg memperhambakan diri sebagai pemerintah…bkn pemungut harta rakyat sendiri…

  52. takkan jadi macam ni punya kat malaysia.

  53. ehh..mlaysia pun ade laa… krajaan bg brim RM500 tuu… byk tuu…. rkyat bleh idup snang lenang ngn brim tu..smue kaye raye..

  54. Prime MediaNet

    Di-brunei mempunyai byk bangsa, sama seperti banga yang ada dMalaysia, ada india dan china,dan termasuk penduduk aslinya dilayan dengan adil sama rata.

  55. seronok…indahnya bila pemimpin malaysia mcm sultan brunei…terharu sgt..

  56. semakin bersedekah semakin berlimpah lah rezeki yang di terima…ingat lah akan allah maka allah sentiasa ingat kan kita..bersedekah kita tidak rugi malah semakin banyak yang kita perolehi dengan bermacam2 pemberian yang kita perolehi dari allah maka bersedekah lah walau sebiji kurma….

  57. Alhamdulillah Sultan yg dkasihi oleh smu kaum…sama2 kita brdoa agar negeri kita Brunei aman dan damai…..

  58. alhamdulillah, semoga ALLAH panjang kan umur beliau serta generasinya yg akn dtg…amin ya rabb.

  59. hari raya aidilfitri 99.. sy x dpat balik semenanjung.abah bwa pergi beraya ke brunei.salam ngan sultan n dpat $5.. wat a memory

  60. d Brunei ada 7 bangsa (rakyat jati) semua dlyn dgn adil dan saksama

  61. minyak lagi..yg agak baru ni sal cukai kete.. for those yg tak mampu angkat le sekenhend

  62. Antah Ah Antah

    smoga sultan brunei kmi pjg umr dan murah rezeki..aminn…bangga mnjadi rakyat brunei…

  63. Bangga dengan rakyat brunei.. but to all my fellow Malaysian, please compare apple to apple.

  64. Arizuan Prince Leece

    Raja Berdaulat Rakyat Sepakat Negara Berkat Sepanjang Abad. Memerintah Negara Memimpin Rakyat Dengan Pertunjuk Allah.

  65. mmg ler BRUNEI bg subsidi tp perlu diingat brunei sama besar dgn BATU PAHAT aje HUHU,,,SEBELUM BERKATA SELIDIK DULU…

  66. g -ha Shafiqah–cetek sungguh pemikiranmu!!hanya kerana minyak nak tukaq kerajaan..Stupid!!banyak lagi yg perlu difikirkan..

  67. Apa – Apa pun…… kami sayang sangat Malaysia, Kami sayang sangat Brunei… RESPECT From me Mohd Ameerul Hidayat, Origin of Sarawak People! also OVERALL ASIAN, Support Asian People (^____^)v.

  68. Malaysia juga kaya raya…minyak disedut di Kelantan, Terenganu, Sabah dan Serawak, kita mempunyai hasil hutan yang banyak sebab negara kita luas, kita mempunyai berbagai bahan galian, bahkan berbagai jenis sumber yang mendatang kekayaan lagi….TeTAPI…kerana pembaziran, pemborosan mereka yang mengendalikan kekayaan, maka kerana itulah tidak dapat menjadi seprti Brunei. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan Pemerintah yang terbaik untuk Brunei dan rakyatnya.

  69. Fantastic Farrahin

    waaah… terbaaik! :))

  70. Fadlierma Mohd Nor

    Teror btol geografi..

  71. memang betul..sultan brunei seorang dermawan..klau time raya dia akan bagi duit raya even kite ni orang malaysia..RESPECT.

  72. muga sultan brunei sentiasa dlm taufik dn hidayah ILAHI.beruntunglah rakyat brunei, kt malaysia kita doakan sultan kelantan yg berjiwa rakyat cepat menaiki takta Y.D.P.AGUNG.

  73. Siratul Mustaqim

    ini sudah lain…pendapatan dn pengeluaran berbeza..tk boleh nk samakan hanya dgn beberapa ayat kau tu je…

  74. kenapa x ukur dulu keluasan malaysia and brunei sebelum nak suruh malaysia turunkan harga minyak…adehh..sila bertanya dahulu dengan orang yang berkecimpung dlm industri oil & gas utk mengetahui lebih 'lanjut' tntg isu minyak yang sesenang je minta diturunkan.

  75. Hashim Hj Yusoff

    Subhanallah

  76. hrh aesya alauddin masih seperti dulu
    Anisa hj Rahim recently posted…TERKINI!!! ANWAR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI HARI INI.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge