Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaaca,
Ramai orang was-was tentang permainan di facebook yang diberi nama Zynga Poker.
Zynga Poker ialah sejenis permainan judi yang di mainkan menerusi lama sesawang sosial iaitu facebook dengan menggunakan chips sebagai taruhan. Chips tersebut bukanlah chips yang betul. Tetapi tahukah anda chips tersebut boleh dibeli dengan menggunakan duit ringgit Malaysia melalui Mol Point.
Walaupun chips yang digunakan tidak menggunakan duit yang betul, tetapi permainan Zyngan Poker tetap haram di sisi agama. Kerana ia akan memberi latihan kepada si pemain kepada perjudian yang betul. Latihan untuk melakukan perkara yang haram adalah tetap haram.
Tetapi ramai remaja di kalangan masyarakat kita pada hari ini tidak sedar bahawasanya kemungkaran sedang berlaku secara berleluasa di dalam negara mahupun di depan mata. Jadi Mat ingin berpesan kepada para pembaca untuk mencegah kemungkaran. Bukankah mencegah kemungkaran itu sesuatu yang wajib bagi kita sebagai Umat Islam?
Anda jika anda masih ragu-ragu anda boleh menonton sendiri jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus. Akhir kata saya “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.
Comments
Powered by Facebook Comments

tapi kan mungkin bende tuh memberi latihan kepada sesetengah orang , saya juga bermain itu . Tapi untuk bermain sahaja . Tiada niat lain .
Terpulang kepada anda kerana peringatan sudah diberi dan anda sudah boleh menilainya sendiri
HAHAHAHA SABAR JAK LAH