Home / Islam / Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Dan Lukisan Di Dalam Rumah

Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Dan Lukisan Di Dalam Rumah

 

patung

Meletakkan patung perhiasan dan lukisan di dalam rumah banyak dibahaskan oleh para ulama sama ada ianya haram atau dibenarkan. Berikut adalah jawapan berkaitan hukum meletakkan patung perhiasan dan lukisan di dalam rumah yang disiarkan di dalam Majalah Al-Ustaz penulisan oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Semoga ianya menjawab persoalan anda.

Patung Unsur Syirik

Apa hukum meletakkan patung perhiasan dalam rumah? Di rumah saudara saya terdapat banyak perhiasan dalaman berbentuk patung yang dibelinya dari luar negara yang dilawati sebagai kenangan.

Jawapan: Antara adab menghias rumah ialah tidak dibenarkan wujudnya unsur-unsur syirik seperti patung.

Bahkan Rasulullah pernah melarang hal ini dalam pesanannya kepada Aisyah dengan maksudnya :

“sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Patung Nabi Sulaiman

Namun menurut saudara saya itu, al-Quran sendiri membenarkannya sebagaimana patung-patung yang dibuat untuk Nabi Sulaiman

Jawapan: Berkaitan dengan patung yang terdapat dalam pemerintahan Nabi Sulaiman, ada baiknya jika kita bincangkan ayat berkenaan supaya terhindar silap faham.

Firman Allah mafhumnya : “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki berupa bangunan-bangunan yang tinggi, tamathil(patung atau gambar) dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu kami perintahkan): ‘Beramallah kamu wahai keluarga Dawud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali antara hamba-ku yang bersyukur.” (Surah Saba’: 13)

Tafsiran Ulama

  • 1Memang benar patung ataupun gambar dibenarkan dalam syariat Nabi Sulaiman. Namun amalan ini diharamkan dalam syariat Nabi Muhammads.a.w.
  • 2Patung ataupun gambar yang dimaksudkan hanya merujuk kepada sesuatu yang tidak memiliki roh seperti pokok, laut dan pemandangan bukannyahaiwan ataupun manusia

Tafsiran Pilihan

Dengan pentafsiran kedua ini, maka syariat Nabi Sulaiman menyamai syariat Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan hal ini selari dengna realiti dakwah para nabi sejak zaman berzaman iaitu menghalang manusia daripada menyembah patung berhala.

Perhatikan ucapan Nabi Ibrahim yang dirakamkan dalam al-Quran :

“Ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya : ‘Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?’” (Surah al-Anbiya’: 52)

Terdapat banyak hadis yang menekankan pengharaman gambar dan patung. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi dalam kesempatan lain yang bermaksud :

“Sesungguhnya para pelukis ini akan dikenakan azab pada akhirat. Lalu akan dikatakan kepada mereka: ‘Berikanlah nyawa pada apa yang kamu jadikan ini!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila ditanyakan kepada Ibn Abbas tentang gambar yang dilukis, beliau mengatakan bahawa di akhirat nanti Allah akan menyuruh sesiapa yang melukis gambar yang memiliki roh agar meniupkan nyawa kepada gambar itu, sedangkan dia tidak akan dapat melakukannya.

Lanjutan itu Ibn Abbas berkata:

“Jika kamu inginkan juga, maka lukislah gambar pokok atau apa jua yang tidak mempunyai roh”

Berpandukan penjelasan oleh Ibn Abbas ini, harus hukumnya perhiasan berbentuk lukisan ayat-ayat suci al-Quran, gambar pemandangan seperti laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan benda yang tidak bernyawa.

Anak Patung

Bagaimana pula dengan hadis yang menyebut bahawa Aisyah,isteri Nabi pernah bermain dengan anak patung di dalam rumah tetapi Nabi tidak melarangnya?

Jawapan : Ya, hadis itu sahih riwayat Muslim. Apabila kita mengkaji lanjut tentang larangan membuat patung dan melukis gambar makhluk yang mempunyai roh, jelaslah kepada kita bahawa faktor larangannya kerana perkara ini dibimbangkan menjurus pada kesyirikan dan pemujaan serta usaha menandingi ciptaan Allah s.w.t.

Unsur ini tidak ada dalam patung permainan kanak-kanak. Menurut Muhammad Ali al-Sabuni dalam Rawa’i al-Bayan, patung-patung permainan anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan seperti ini boleh mengajar mereka cara mendidik anak-anak mereka kelak. Bahkan dalam hadis lain, Nabi membenarkan gambar atau lukisn pada bantal, selimut, tempat duduk atau pada tempat-tempat yang tidak dimuliakan.

Gambar Keluarga

bagaimana pula hukum meletakkan gambar keluarga di dinding rumah?

Jawapan : Hukum meletakkan gambar keluarga dalah harus dengan syarat :

  • 1Tiada pendedahan aurat. Gambar akan menjadi tatapan umum para tetatu yang bukan mahram.
  • 2Tiada unsur syirik. Contohnya gambar ahli keluarga yang masih kafir dengan perhiasan salib pada mereka. Jangan salah faham, gambar mereka itu sendiri tidak salah.

Beza Lukisan Dan Gambar Foto

Kepada boleh berbeza hukum? Lukisan manusia haram tetapi gambar foto manusia pula dibolehkan?

Jawapan: Gambar yang diambil secara fotografi adalah harus kerana gambar itu dihasilkan dengan tujuan kenangan. Walhal lukisan pula bertujuan untuk menyamai atau menandingi ciptaan Allah s.w.t.

Kata Syeikh Muhammad Ali Sais dalam Tafsir Ayat al Ahkam :

“Pengharaman lukisan adalah kerana disebabkan seseorang pelukis itu berusaha mencipta suatu gambar yang menandingi ciptaan Allah s.w.t”

Hal ini berbeza dengan daripada gambar fotografi yang terhasil daripada tindak balas cahaya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Walhal lukisan hanya mampu dilakukan oleh sesorang yang berkemahiran sahaja.

Wallahhu a’lam

Sumber : Majalah Al-Ustaz Isu 11

Via

About Luna

8 comments

  1. hukum patung jd perhiasan….

  2. Ada sesetengah orang yang beragama Islam tidak suka memelihara anjing (walaupun dalam kurungan setakat untuk menjaga rumah dari pencuri) kerana takut Malaikat tidak masuk rumah, tapi patung dan macam macam gambar dalam rumah bukan main banyak. Disinilah kita melihat sebenarnya ada juga sebahagian yang seolah-olah tidak peka terhadap perkara tersebut, dan kalau tahu hukum pun masih juga tidak ikut apa yang disarankan dalam Islam.

  3. Tapi, kalau beli patung tu, Kita tak main selalu pastu simpan dalam kotak ke apa, boleh ke?

  4. anak patung macam tedy bear hello kitty n yg sama waktu denganya boleh di simpan dalam rumah menurut ajaran islam…yg tak boleh adalah lukisan yg berunsur nyawa n patung2 menyerupai berhala.

  5. Boleh tau dari mana kamu dapat sumber atau dalil yang mengatakan boleh?

  6. Zazul lee;baca riwayat nabi dan kisah2 para sahabat rosul,dulu kan ada sekolah so tau la

  7. Boy Hero Miri

    -.-

  8. Syuehard Firdaus

    Unsur ini tidak ada dalam patung permainan kanak-kanak. Menurut Muhammad Ali al-Sabuni dalam Rawa’i al-Bayan, patung-patung permainan anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan seperti ini boleh mengajar mereka cara mendidik anak-anak mereka kelak. Bahkan dalam hadis lain, Nabi membenarkan gambar atau lukisn pada bantal, selimut, tempat duduk atau pada tempat-tempat yang tidak dimuliakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge