Home / Islam / Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

hukum memakai bulu mata palsu dan maskara

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

Soalan

Assalamualaikum,

Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t

Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.

Wallahua’lam

 

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

11 comments

  1. assalamualaikum

    apakah hukum kalau kitamemakai bulu mata palsuwaktu ambik air wuduk.

  2. As'laikum dik aisyah sweet. haram hukumnya memakai bulu mata palsu, rambut palsu. seeloknya usahlah memakainya nasihat akak, adik aisyah berdoalah setiap kali lps slt supaya Allah cmpakkan hidayahNya pd adik.mohon kekuatan utk meninggalkan pemakaian2 yg haram & subhat.in sya Allah doa demi doa dgn ikhlas, lambat laun dik aisyah dgn sndirinya akan rasa malas & tak ingin memakainya! AAMIIIIIN!

  3. jelas dan nyata…

  4. Dah sempurna oleh Pencipta.

  5. buat apa pakai waktu ambil wuduk,,,hukumnya sama mcm di atas. tak kiralah waktu mana pun.

  6. Elin Mazllin Sabri

    kalau kita tak nak lepastu ada org paksa haram ke.

    assalammualaikum

  7. Siti Khadijah Bt Hashim

    kalau dia paksa dengan mengancam nyawa seperti meletakkkan pisau di leher kamu… dia kata, "pakai bulu mata palsu atau saya bunuh". maka dibolehkan memakai bulu mata palsu tu atas sebab darurat (melibat kan nyawa dan tiada pilihan lain)… hukumnya tetap haram, tetapi dimaaf. Allahua'lam

    http://www.neskopi.com

  8. Ribut Pendamai

    Syukur seadanya,tiada kehebatan manusia utk melawan kehebatan allah swt

  9. Tme ksh atas ilmu yg dikongsi….

  10. Allah bgi cantik2 nk lgi cntik…hamba allah sptutnya brsyukur…x pyh mnmbh-nmbh…temkiu ats pnjlsan yg dbri…

  11. Yasmin Hazwani

    Tak tahu kita kongsi.. dah tahu? jgn diam, sebarkan. Mungkin ada yg belum tahu.. #dulusayapenggemarbulumatapalsu #haram #berdosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge