Home / Islam / Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri

suami isteri

 Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz
Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya.

1. Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?

Saya harap dapat kiranya Ustaz  memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin.

Jawapan:
Wa’alaikumussalam,
Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.

Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.

Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa.

Wallahualam.

Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad
Email : [email protected]

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

20 comments

  1. mcm mnr plk hukum nya s isteri nk lebih dri hukum sewaktu berjimat sbb nk ukut cara zaman moden.

  2. nak berjimat gi kdai 1 Malaysia..

  3. kehh…kehhh..kehhh…. ;)

  4. Nik Azrim Nik Yaakub

    Hhahahaha

  5. Nak jimat…mintak tok anjangnye tolong k

  6. Raijah Adiets Sulaiman

    t3 ksh atas ptnya n jwpn tsbut..cz lw xbtnya makanya kurngla ilmu pgtaun agama..:)

  7. hahahhaha……… allahuakhbar!

  8. it's all about HUKUM SYARAK DI DALAM PERKAHWINAN okeyh?!.. hahaahhah.. :P JANGAN SALAH FAHAM YER?!…. hahahahah……. :p

  9. Izzati Khalidah Khalid

    oit 18sx nie

  10. hahahahahahahha……….. naseb saya dah melebihi 18 dahhhh!!! hahahah… :p

  11. excited betoii awok ni…

  12. Bkn main suke eh bab2 ni..

  13. Salah satu kaedah mencegah dari banyak anak tak perlulah ambik ubat prancang kehamilan dan membuang anak dimerata2…

  14. Alhamdulillah.. akhirnye.. dpat jgak kite tahu..

  15. Faeza Shazwani Abdul Razak

    hahaha

  16. jika nak berjimat, berbelanjalh apa yg patut.. hehe,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge