Home / Islam / Hukum Perkahwinan Bawah Umur Dalam Islam

Hukum Perkahwinan Bawah Umur Dalam Islam

kahwin bawah umur

 

Hukum Perkahwinan Bawah Umur Dalam Islam | Terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur sama ada daripada al-Quran, hadith dan ijma’. 

Pertama: Daripada al-Quran 

1. (Surah al-Talaq: 4)

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa iddah perempuan yang dicerai apabila dia masih kecil atau belum haid.

Al-Baghawi berkata: “Perkataan (وَاللائِي لَمْ يَحِضْنَ), iaitu mereka yang kecil belum lagi haid. Maka iddah mereka, juga tiga bulan.” (Tafsir al-Baghawi: 8/152)

Ibn Qayyim berkata: “Iddah perempuan yang tiada haid ada dua jenis, iaitu kecil yang tiada haid dan besar yang sudah putus haid.” 

2. Allah SWT menerangkan iddah kedua-duanya melalui firman-Nya: (Surah al-Talaq: 4) 

Maksudnya:
 Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.

Al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sekumpulan perawi yang lain daripada Ubai Ibn Ka’ab, setelah turunnya satu ayat tentang iddah isteri beberapa orang penduduk Madinah mengatakan: “Antara iddah para isteri itu masih terdapat iddah-iddah yang tidak disebutkan di dalam al-Quran iaitu isteri yang masih kanak-kanak dan perempuan tua yang sudah berhenti haid serta perempuan-perempuan yang hamil.”

Lalu, turunlah firman Allah SWT dalam surah al-Nisa yang amat pendek iaitu sebahagian ayat sahaja.


Kedua
: Sunnah


Maksudnya:
 Daripada Aisyah RAnha bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun. [Riwayat Bukhari (4840) dan Muslim (1422)]

Kanak-kanak yang kecil ini hendaklah dikahwinkan oleh ayahnya sahaja, bukan wali yang lain mengikut pendapat yang sahih di kalangan ulama’. Begitu juga, kanak-kanak tersebut tidak memiliki khiar apabila sudah baligh.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah berkata: “Perempuan tidak sayugia bagi seseorang mengahwininya kecuali dengan izinnya, sebagaimana Rasulullah SAW perintahkan. Jika perempuan itu enggan dan benci, maka tidak boleh dipaksa untuk perkahwinan kecuali kanak-kanak kecil, yang mana bapanya boleh mengahwininya tanpa izin.” [Lihat Majmu’ al-Fatawa(32/39)]


Ketiga
Athar Sahabat

Diriwayatkan, ramai dikalangan sahabat berkahwin dengan kanak-kanak perempuan. Antaranya, Sayyidina Umar Ibn al-Khattab RA berkahwin dengan anak perempuan Sayyidina Ali RA yang pada masa itu masih kecil. Hal ini sabit dalam sejarah dan tarikh Khulafa’ al-Rasyidin.


Keempat:
 Ijma’

Terdapat ramai ulama’ menaqalkan ijma’. Antaranya:

  • Ibn Abd al-Bar berkata: “Ijma’ para ulama’ bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa bertanya pendapatnya dan Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Aisyah, anak Abu Bakar RA, sedangkan dia kecil usianya, enam tahun atau tujuh tahun yang dikahwini oleh ayahnya.” [Lihat al-Istizkar (16/49-50)]
  • Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Anak dara yang kecil boleh dikahwini oleh ayahnya secara ittifaq di kalangan ulama’ kecuali yang asing dan pelik.” [Lihat Fath al-Bari (9/239)]
  • Syeikh Sa’di Abu Jaib dalam Mausu’ah al-Ijma’ 3/1185 berkata: “Ulama’ ijma’ bahawa ayah boleh mengahwinkan anaknya yang kecil dan memaksanya. Dan ijma’ orang Islam bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa persetujuannya. Inilah ijma’ ahli Ilmi.”

Fatwa Ulama’

  • Lajnah Buhuth dan Ifta’ 8416/2009 menyebut: “Hal ini tidak lah bercanggah dengan syariat.
  • Dalam Mausu’ah Fatawa juga menyebut: “Ketika Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RAnha, usianya 50 tahun dan Aisyah pula berusia 6 tahun.”
  • Syeikh Jad al-Haq dalam Buhuth wa Fatawa al-Islamiyyah 2/133 menyebut: “Bahawa harus dikahwinkan kanak-kanak yang belum baligh sebagaimana pendapat jumhur”.
  • Syeikh al-Islam dalam al-Fatawa al-Kubra 3/79-80 berkata: “Jika yang meminang itu kufuk, maka hukumnya harus perkahwinan menurut yang paling asah dikalangan ulama’. Ia adalah mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam masyhur pendapatnya. Ada pendapat yang menyatakan, perempuan tersebut boleh membuat pilihan apabila sudah baligh.”
(Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Sumber

 

 

About Luna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close