Home / Sukan / Info Format Liga Super Malaysia 2013-2016

Info Format Liga Super Malaysia 2013-2016

Info  Mengenai Format Liga Super 2013-2016

Pada musim 2013-2016, Liga Super Malaysia akan bertukar format lagi. Format Liga Super di Malaysia ini sering berubah-ubah. Liga Super kini disertai 14 pasukan, Liga Perdana pula dengan 12 pasukan. Menerusi format baru ini, jumlah pasukan Liga Super akan berkurangan kepada hanya 12 pasukan sahaja.

Oleh itu, untuk saingan 2013 hanya 9 pasukan dari Liga Super sahaja akan layak secara automatik ke Liga Super 2013 manakala baki 3 slot lagi akan diisi oleh 1 pasukan dari Liga Perdana, 1 slot ‘istimewa’ Lions XII FC dan 1 playoff antara pasukan tangga ke-10/11/dan 12 Liga Super lawan pasukan tangga ke-2 Liga Perdana. Format play-off adalah secara kalah mati dan dimainkan di gelanggang berkecuali.

 

Info Format Liga Super Malaysia 2013-2016

 

Dalam pada itu, 2 pasukan Liga Super 2013 akan turun ke saingan Liga Perdana 2014 manakala begitu juga dengan 2 pasukan Liga Perdana 2013 akan dinaikkan ke Liga Super 2014. Apapun keistimewaan untuk pasukan Lions XII FC, walaupun mereka menghuni tangga tercorot liga mereka tidak akan diturunkan liga. Ini kerana mereka adalah pasukan jemputan dan beraksi atas tiket ‘istimewa’ berkenaan sebagai tukaran dengan pasukan Harimau Muda A yang sedang beraksi dalam Liga Singapura (Liga-S).

Apa komen anda tentang pertukaran format yang dilakukkan oleh fam ini?

About Asyraf Asnawi

Nama penuh Asyraf Asnawi Bin Nasir. Berminat sukan bola sepak. Suka berkongsi info tentang sukan. Pasukan bola sepak kegemaran ialah Malaysia, Kedah FA dan Arsenal FC.

2 comments

  1. mengecewakan kite nk ade 16 atau 18 pasukan standard cm liga2 di dunia… dgn nih menjadikan saingan kompetitif.. melahirkan ramai bakat muda…penaja.. suasana adil.. nk jgk pasukan kite bermain afc champions league.

  2. tgk update bola sepak liga super dan liga premier disini.
    http://sepaktonjol.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close